Jul 28, 2010
saling tarik menarik
Pernahkah anda terasa hidup anda sangat tidak menarik?
yes this sounds common tapi sekarang memang rasa hidup ni tidak menarik
okay pembetulan sikit, KURANG menarik
bukan sebab bosan hari hari hantar dan ambil adik adik sekolah
bukan juga bosan kerana hari hari bangun lambat
bahkan bukan kerana makan makanan dgn banyaknya setiap hari
tak bosan pun sebenarnya, suka lagi ada
tapi itulah, sebab terlalu mengikut rutin
hidup ni dah jadi kurang menarik
tak ada apa-apa yang nak menarik aku dari bermalas-malasan atas katil
dah takde kedai makan yang jauh menarik aku
dah takde kena curfew yg menarik aku masuk kolej sebelum pukul 11
dan satu satunya yang mampu menarik aku skrg adalah tv
oh yee dan satu lagi
adalah ayah bila dia balik kerja
aku akan tertarik dari depan tv untuk masuk ke dalam sebab takut kena marah
seriously tak menarik sebab tu tak tahu nak update apa kat blog ni
dengan bulan puasa yang dah nak dekat ni
dan juga beberapa plan next week termasuk baru nak interview visa
harap2 menariklah sikit aku untuk lebih rajin beribadat. sedarlah Tuhan tak suka orang yang buang masa =.=
Jul 16, 2010
inbox
No unread emails in your Inbox
inilah kali pertama aku jadi penunggu setia email. sejak dari bulan May lagi dan sekarang aku makin kerap. satu hari hampir 3 4 kali buka email. dan ini juga yang terus muncul buat aku kecewa. doa doa doa dan terus berdoa, i-20 segeralah datang. itu sahaja yang mampu aku lakukan.
ahh serabut! aku dah malas nak fikirkan tentang ini lagi.
Jul 12, 2010
its precious
Jul 11, 2010
sudah habis
world cup dah berakhir semalammacam macam hal dah jadi seluruh dunia
kelakar jugak tengok reaksi orang merata rata
buat aku terfikir banyak perkara
dan akhirnya, bukan sepanyol bukan belanda
tapi Paul si Sotong yang dapat nama
orang2 kaya beratur nak beli ciptaan Allah ni
ada jugak yang berebut haiwan tak bertulang ni
ahh macam macam laa
dunia haii dunia
janganlah ada orang Islam yang terpengaruh
Jul 9, 2010
looking for someone
***************************************************************************
hello !
i am a big fan of classical literature(both, English and American literature)
i am also a big fan of Pride and Prejudice
as well as To Kill A Mockingbird
(both, the novels and movies)
anyone here share the same interest?
i am looking for you
we could be friends
plus, i am looking for Pride and Prejudice (1995 and 1940 full versions). anyone? :D
**************************************************************************
if i make this kind of advertisement, will i meet one?
one of my closest friends said i am weird in this way
in a way that i dont like what they like
actually, no it is not precise
i like what we have now
i just like something MORE :)
ps: the above ad could be a real one if you like classical literature too. i am really looking for someone. :)
Jul 3, 2010
seluar hitam untuk jpa
hari ini hari sabtu
lepas balik dari hari entrepreneur dekat smk ttdi jaya
ajak ayah and ibu pergi subang parade kejap
nak beli seluar hitam untuk pergi jpa 17hb ni
sebab tak pernah ada seluar hitam
and dah malas nak pergi jauh jauh
banyak benda lagi nak settle
jadi pergi lah ke sana
masuklah parkson
dan untuk kali yang pertama sejak aku lahir
ayah nak carikan seluar untuk aku
berpusing pusinglah satu level tu dekat 3 kali
semua ayah tak puas hati
seluar ini tak bagus
seluar itu tak selesa
yang ni tak formal
yang tu tak sesuai pakai dgn blaus
lepas dah satu seluar pun dia tak berkenan
tiba-tiba ayah call kawan dia, siti zainab
auntie ni wanita korporat berjaya yg aku adore lah jugak
and tau apa soalan ayah dekat dia?
"siti, slack perempuan dekat mana bagus?"
OMG ! time tu rasa nak menangis !
ayah, along nak seluar biasa je, janji boleh pakai !
tapi ayah tak dengar, sebab aku menjerit dalam hati :'(
and auntie tu cakap dekat klcc bagus
ayah pulak cakap nanti dia bawak pergi klcc
ohh tak payahlah sampai klcc ! malass..
at last bila jumpa ibu
kami beli je seluar dekat dorothy perkins
ayah macam kinda merajuk
sorry ayah, bukan tak nak ikut cakap ayah
tapi demi seluar hitam ni
rasanya tak payahlah nak banyak2 kerja
dekat sini pun okay dah
macam ni rupanya bila ayah nak beli seluar
ingatkan seluar dia je dia agak cerewet
seluar anak dia pun sama
sorry sangat ayah :((
Jul 2, 2010
cinta baru
aku bukan girlish
dan tak pernah jadi girlish rasanya
siapa yang kenal aku tau la kot
dan aku jarang sangat suka bunga
kalau suka pun, certain bunga je pun
tapi sejak sejak ni tiba-tiba je
aku jatuh hati pada ciptaan Tuhan yang satu tu
bunga ; flower ; az-zaharah
pantang jumpa bunga sekarang mesti nak tangkap gambar
budget camera mahal kan? haha
tapi nk buat macam mana dah suka
sampai header ni pun nak letak bunga ;D
Subscribe to:
Posts (Atom)
