Aug 19, 2010

Sudah berakhir

Sebelum ni dah beberapa orang tanya :
kenapa patzzy??
patzzy stands for what?
patzzy? takde kena mengena pun dgn kau pun?
ni semua sebab kebanyakan username online account pakai nama tu
tapi minggu lepas waktu ibu nak bukak my account dan dia tanya email
susah betul nak suruh ibu eja patzzy tu dan ibu sendiri bising
"apalah nama susah susah ni!" -.-
sebenarnya nama patzzy tu muncul akibat kegilaan menonton cerita korea zaman dulu
My Love Patzzi atau dalam koreanya, Nae Sarang Patjwi
cerita ni keluar 8tv dalam tahun 2003 rasanya
waktu cuti sekolah sebab time tu dapat tengok sikit je sebab kena balik asrama
tak tahulah best ke tak cerita ni tapi cerita ni among my favorites
dan cerita ni jugaklah the first korean cd aku beli sebab suka sangat!
(ps: okay dulu2 tak pandai lagi nak tgk online or download)
patzzi atau patjwi ni sebenarnya berasal dari cerita tradisional korea
Kongji and Patji, atau Cinderella atau Bawang Putih Bawang Merah versi korea
Kongji ni baik dan lemah lembut tapi Patji ni panas baran dan tak disukai ramai
tapi dalam drama ni, dia terbalik
Patji or songyee ni panas baran tapi sebenarnya berhati baik
Kongji pulak yang luarannya baik tapi berhati busuk
atau dalam kata lain, hipokrit
jadi oleh kerana heroin di sangattt cute
simple, selamba, tak gedik dan kuat semangat
berjaya memikat hati dua jejaka yang super-cool hehe
serta sangat slim melim walaupun kuat makan !
tu yg pakai nama patzzi tu time buat email baru dulu
budget nak dapatkan aura patzzi lahh konon haahh perasan
tapi dah taken, so ubah sikit, jadilah patzzy xD
and lastly, boleh kata hampir semua online account pakai nama patzzy
ingat lagi zaman2 suka sangat tengok benda2 korea
lagi2 time form 3 baru keluar asrama and ada full house
memang gilaa la time tu, sampai kat meja penuh dengan korean stuff
yang menariknya satu hari tu datang sekolah ada orang tinggalkan note kat meja :
INSAFLAH DGN KOREA2 NI. PMR MAKIN DEKAT!
bhahahaha time tu rasa lawak sangat seriously
macam nak marah pun ada tapi tu la, siapa yang caring sangat pun tak tahu
tapi memang time tu ibu pun bising jugak, bukan sebab nak pmr for sure
tapi sebab ibu cakap buat apa sibuk sangat tengok, bukan orang Islam
tapi time tu still budak2 lagi, tak makan nasihat :D
macam mana pun, lepas habis spm barulah slow tengok cerita korea
tak tahu kenapa, maybe dah hilang minat kot, sikit2 layan la
sekarang kalau ada orang suggest and episod tak panjang sangat, baru tengok
bila tengok kawan2 sekarang ramai yang addicted dgn korean stuff ni
sampai sanggup berjam jam depan laptop, tak hairan pun
pernah rasa jadi macam tu dulu, bezanya tengok tv lahh
pernah satu masa tu satu hari ada dekat 5 cerita korea kat tv
jadi 5 jam la menghadap tv semata mata tak nak tertinggal satu episod
somehow ada rasa lega di hati sebab zaman tu dah berakhir dalam hidup ni
padahal dulu zaman sekolah, cakap je, semua tengok
siap hafal episod, jalan cerita siap nama watak2 lagi haha
so, itulah asal nama Patzzy yang masih kekal sampai hari ni
even zaman tu dah jauh berlalu tapi bila dapat peluang, layan jee :D

Mood menunggu

Bila semua orang dah pergi dan update status macam macam
barulah terasa lambat betul nak fly (padahal barang x siap pun lagi)
tapi tak kisahlah, mood nak bersama dengan family masih banyakk :))
jadi sabar je lah menunggu giliran
dan terus berdoa untuk seseorang..

Aug 17, 2010

Berkat Ramadan

Sebab sejak bulan puasa ni, semakin ramai teman2 lama yang aku jumpa
dari yang zaman tadika, sekolah rendah, sampailah sekolah menengah
senior, kawan kelas, budak dorm haaahh semua cukup
belum kira lagi mak cik mak cik kenalan ibu dan lain lain
walaupun cuma sekadar salam, peluk cium dan tanya khabar
untuk aku kira cukuplah sementara menunggu nak mula tarawih
sekurang kurangnya terasa ada rindu dalam hati ni bila lama tak berjumpa
lagi lagi bila terasa kecilnya dunia bila berjumpa balik
mana tak nya, ada yang dah belajar ke mana mana dah
tapi bila tiba bulan ramadan, semua balik ke tempat yang asal juga
nak cakap lebih lebih, dalam masjid tak boleh bicara hal dunia kan
dan benarlah ramadan ni bulan yang sangat berkat
bukan sekadar puasa dan pahala, silaturrahim pun terpelihara. :)

Aug 14, 2010

Ramadan dan makan

Peringatan untuk kita bersama di bulan ramadan ini
lebih lebih lagi di negara kita yang serba mewah dengan juadah berbuka
:)

Aug 12, 2010

Jantung hati ini

Ini Anis Safiyyah Adnan
Dia baru 8 tahun isnin lepas
Rasanya dia dah lahir lama sangat, sebelum upsr lagi
Lambattttnya rasa dia besar ! haha
And guess what, sejak sejak ni dia asyik tanya
"Bila along nak pergi?"
"Nanti siapa nak buka lampu bilik air utk piah lagi? piah tak sampai." :(

Aug 9, 2010

look younger ask me how

last saturday night, ibu and ayah made a small makan2 at our house
sort of kenduri doa selamat for me, my uncle and also for welcoming Ramadan
actually it is like a annual party for my family on end of syaaban
although sumayyah, my sister said it was my dad lol
since my parents only invited relatives and their closed friends
i can personally recognized almost all of them and i am happy with it :)
and one thing about that night that made me feel like ..
i dont know xD
i feel i am young, cute and yes, short ! okay geli
why did i feel that way? because they said these :
kak ita (ayah's cousin) : so you're the one who will go to us? i thought that one! (pointing to angah) i thought she is the first one.
mak ngah (ayah's sister) : along ni macam makin mengecut. dulu nampak tinggi, sekarang adik2 dia lagi tinggi, dia yang kecik.
kak zinnirah (my cousin) : adik2 you tinggi2 kan? (lol how about me?)
i am shorter than my three younger sisters, is it too bad? : i feel bad about it. i dont like the feeling i
and
i look younger than my three younger sister, is it too good? : i dont know. tak mau perasan but, bolehlah tahan :D
no matter what
Marhaban Ya Ramadan :)

Aug 6, 2010

1997

few days ago, I found out that a friend has tagged me in THIS photo
OMG ni gambar dah berhabuk dah dalam album dekat rumah haha
ni waktu enam tahun dekat Pasti Al-FIRDAUS :p
and to be true, dah tak ingat dah siapa dalam gambar ni
cikgu tu nama dia Cikgu Azizah kalau tak silap
and the only one i am sure about her name is Farisha,
the one sitting beside me, and sama2 lompat pts and my bff :)
yang lain tak ingat dah hahaha
teruk betul memori budak umur 19 tahun !

Aug 4, 2010

Jalan jalan utara

Jun 2008 - Mei 2009
Bilik : 5509
Housemates : Atifa Maryam, Nadiah, Syamimi
Jun 2009 - Mei 2010
Bilik : 5207
Housemates : Farahizzati , Farah Izni , Sundrina
Mereka berenam adalah housemates yg sgt gempaq !
Dan nama yang di italic kan adalah orang orang yg mengajar aku cakap
Ayaq, Habaq, Keluaq, Nyiuq dan macam macam lagi
Itu suratan atau kebetulan?
Tak kisahlah apa2 pun tapi diorang memang hebat
Merekalah yang bila aku hang out mana2 mesti teringat
Kenapa?
Sebab bila terpandang kasut style ni, terfikir : Oh, ni taste ...
Bila ternampak beg warna ni, terfikir : Oh, ni taste ...
Bila tengok movie dekat cinema, terfikir : Oh, ... mesti suka
Dan friendship inilah yang bawak aku ke Penang selama 3 hari 2 malam
Dapat tengok laut, sawah padi hehe :)
Yang lawaknya, aku sendiri gelak bila dekat Queensbay semalam nadiah boleh cakap
"Donut ni is soooo Tikah !"
"Dress ni is soooo Tikah !"
Kitorang sangat ingat taste masing2 even dah setahun x keluar sama2 ;)
Tapi dalam trip ni ada seorang yang takde
Fatin Inani yg dekat wisconsin
We wish you were here cik Nani ;(
Nadiah & Maryam
Izzati
Dan ini orang yg happy berjalan jalan xD