Apr 29, 2011

Final Lambat Lagi

Seronok baca status kawan-kawan dekat Malaysia dan US dah start, habis, or akan final
Rasa excited pun ada, siap dengan countdown semua, meriah meriah haha
Tapi kurang seronok bila kena jawab dekat kawan-kawan, "Final aku bulan 6."
But never mind, aku okay je, saje je buat nada sedih :D
Sebenarnya takde benda nak tulis dekat sini tapi nak saje nak rekod something
Look. It is my birthday and I love this number! Hehe
Have a good weekend everyone! :)

Apr 21, 2011

Mediterranean Cuisine 101

Aku suka sangat makanan Mediterranean, sangat sangat
Basically dekat Malaysia, makanan Mediterranean ni ramai orang panggil, 'Makanan Arab'
Tapi daripada pemerhatian dan sumber bacaan aku selama ni, taklah tepat sangat nak cakap makanan Arab sebab dia bukan sahaja dipengaruhi budaya Middle East, tapi ada asimilasi dengan budaya Eropah seperti Greece, Italy dan Spain
Nak kata beza sangat dengan Western, basic dia lebih kurang
Cuma makanan arab lagi banyak herbs and itu yang buat best tuu
Tapi biasalah, dah Malaysia banyak sangat makanan, dah lah nak sebut Mediterranean pun susah, so normal la kita memang suka generalize benda, so itu yang jadi makanan Arab tu. Tapi nasihat aku janganlah salah cakap depan orang bukan Arab bila kau makan dekat kedai dia, yang ni makanan Arab, nanti dia naik angin tak tentu pasal. Aku pernah kena, entah pape entah dorang ni.

Aku agak fanatic dengan makanan Mediterranean ni dari dulu
Ni aku listkan sebab-sebab yang aku fikir dari kecil
1. Nak tinggi macam orang Arab
2. Nak cantik macam orang Arab
3. Nak boleh cakap Arab
Bila aku fikir balik, relevan jugak sebab-sebab aku ni, even it sounds childish

Tinggi: Makanan arab ni banyak berasaskan daging lembu dan kambing, yang secara saintifiknya orang tau pembekal protein yang banyak. Memanglah baka orang diorang ni sendiri dah besar, tapi tengok Jepun sebagai contoh. Dulu sebelum WW2 dorang makanan seafood je, tapi bila dorang tau khasiat makan daging, dorang tukar diet dorang. Sekarang tengok, dorang dah boleh cakap 6 kaki. Dulu, zaman Jepun mana ada orang Jepun tinggi-tinggi :p (Quote dari cikgu sekolah aku)

Cantik: Nak kata cantik tu aku pun tak tau sangat sampailah tadi aku google hehe. Olive oil dan buah zaitun adalah main ingredient dalam Mediterranean cuisine, dan dia sangatlah berkhasiat. Ikut statistics, dia dikatakan sebagai diet paling sihat! Olive oil ni jugak antioxidant semulajadi dan kaya dengan Vitamin E (Essortment.com, n.d). So ada logiklah makanan Arab ni buat cantikkan? Antioxidant buat awet muda, Vitamin E pula memang elok untuk kulit. Fakta ni aku ingat even aku taklah pandai sangat Bio, SPM dulu pun dapat A2 je haha.

Cakap Arab: Hahh ni sebab ayah aku cakap dia makan makanan Arab nanti boleh cakap Arab, so aku pun terpengaruhlah haha. Tapi tu lah ayah dulu selalu je selamba borak dengan orang Arab padahal dia bukan belajar dekat negara Arab, belajar sendiri2 je. Logik ke tak aku taktau lah tapi kalau korang pernah tengok satu video kat Youtube pasal orang Mesir cakap Kelantan, dia ada kata sebab student Malaysia susah nak cakap Arab sebab dorang tak makan makanan arab. Bab ni tak boleh komen lebih-lebih, kena tunggu student Mesir komen :D
Ikut pemerhatian aku, sekarang dekat Malaysia makanan arab ni dah senang dapat
Compare dengan 10 tahun dulu, sekaran rasanya dah banyak kedai makanan Arab ni
Ingat lagi kalau dulu, nak pergi cari makanan Arab ayah bawak pergi Jalan Telawi KL nuun, takpun Ampang
Tapi sekarang Sunway, TTDI, Shah Alam pun ada, nicekan? Semua dekat dengan rumah
Dan kalau dulu makanan Arab ni agak ekslusif, sekali makan tu memang beratus habis
Tapi sekarang murah dah, sepinggan boleh dapat kot bawah sepuluh ringgit, so okaylah :) 

Oh tapi sekarang nak cakap pasal dekat US pulak
Clearly, dekat US ni laaaaaagi banyak makanan Arab since ramai orang Arab
Even yang dekat dengan rumah ni pun ada banyak, ada Ali Baba, Lavash, Kabul
Tapi memang takde lah selalu nak pergi makan situ, masakkan jimat
Cuma bila tiap kali travel, memang kedai Arab lah jadi tempat bergantung, sebab tu je option halal dan merata rata dekat US ni
Walaupun tak dapat nak dinafikan tak semua best and ada yang memang mengarut
Makanan tak sedap, charge mahal, tapi biasalah tu, mana-mana pun sama
Nasib baik, dapat kedai yang review positive, puas hati, normal lah kan?
Ni antara gambar makanan yang aku amik time travel Spring break hari tu
1 hari 1 kedai, tapi gambar tak banyak pun, pergi kedai sebab lapar, so jarang keluar camera melainkan bila kedai dia cantik.
3 benda ni macam basic untuk makanan Arab la, nasi, kebab, salad, and sup
Ni Fetoush, salah satu jenis salad Mediterranean. Salad favorite dari dulu. Thanks to Tarbush :D

Shish Kebab, memang best, lepas makan takkan larat bangun

Red Lentil Soup at Anatolia Bloomington. The best soup ever!

Lagi aku suka jugak humus, falafel, manisan manisan, alaaa sedih gambar takde haha
Mood sekarang nak tunggu break, nak jalan jalan cari makan lagi :)

Apr 16, 2011

Alaaa dikir

Practicing dikir barat is not good for me, I swear it is

Kontroversial tak statement? hahh but that is the truth
Dikir barat buat aku rindu my other half so badly: Tokcik & Tokyah
Bukan sebab diorang berdikir barat tapi sebab dorang lah yang buat aku faham loghat kelantan, mana taknya dua dua memang cakap kelantan pure punya even dah duduk kl berpuluh tahun, aku pun pelik

Rindu bila petang petang tokcik call suruh datang rumah, ada lompat tikam, butir nangka, kuih akok. Tak pun pagi pagi call cakap ada nasi dagang ke laksam ke tak pun nasi kerabu
Even aku taklah suka sangat kuih akok tu, tapi aku still pergi jugak
2 minit je drive, nak jalan kaki dari rumah aku pun sampai, so penat macam mana pun mesti pergi. Nak jaga hati is maybe one reason, but my grandparents are awesome
They used to take care of me when my parents went to night classes yearsss ago and they have taught me so many things although they are not that educated
Lagipun, siapa tak suka nasi dagang nasi kerabu? Dengan ulam petik belakang rumah, tak mungkin ada orang boleh makan kurang dari dua pinggan, ni rekod aku la
Tak sabar nak salam tokcik dengan tokyah hari raya nanti, insyaAllah :)

Apr 12, 2011

Discover Islam Week




















This whole week is going to be the Discover Islam Week in OSU
I must say that I am pretty excited about it
Maybe because I thought I will never encounter such a thing anymore as I left school
Even in Intec there is only American Indulgence Week that we celebrate each year LOL

Basically it is like 'Minggu Pendidikan Islam' we have gone through at school
But frankly speaking, it is never going to be the same
In a country where the majority is non Muslim
Looking at those blonde girls nodded when the speaker said something about Islam really make me realize that Hidayah is something that is too wonderful that sometimes we take it for granted..

Apr 10, 2011

Hello Mr. Spring !

Alhamdulillah, I am glad that Spring is here
Bunga dan mula berkembang, tupai pun dah aktif balik
Orang pun dah keluar main di halaman rumah, bersantai di beranda
Rasa tak percaya pernah sejuk beberapa hari lepas
Columbus dah mula meriah balik
Hebatnya Al-Khaliq, tak rasa ke? :)

Sejak ada iPod, inilah pertama kali cuaca dekat Columbus lagi panas dari rumah
I know it is not fair since Malaysia pukul 4 pagi, but never mind, still Columbus lagi panas
Okay kantoi I always stalk my own of home lol. Sebenarnya setiap kali check weather dekat luar, either before pergi class or malam2, mesti akan drag screen nak sekali weather dekat rumah. Macam dah tak boleh control. Mesti nak tau adik adik tengah panas ke hujan ke kat rumah. Rindu, I guess :')

Dah panas macam ni mula terasa nak beli flip flop lah pulak
Dah berapa bulan duduk sini, selipar nak keluar buang sampah pun kena pinjam, sebab tak bawak selipar langsung dari Malaysia.
Ahh I want a new pair of sunglasses too. Sakit mata lah keluar rumah :D

Apr 6, 2011

The Tallest One

Masa dia lahir dulu, semua bercakap
Anak siapa ni? Kenapa gelap?
Kakak-kakak dia lain
Haha kesian dia :p
But never mind, now I guess she is the fairest among us

To the tallest girl at home
Happy 14th Birthday !!
Be a good daughter
I know you are :)

Ps: April 7 is also Atuk's birthday. He was born 91 years ago and he left us back in 2007. I miss him so much, I really do. Al-Fatihah..