Jul 31, 2010

realiti dan tipikal

tadi baru lepas tengok cerita cerekarama
tak sure, tapi tajuk dia Takdir kot
dibintangi oleh Shaheizy Sam si Adnan Sempit dan Marsha Londoh
cerita dia biasa je, adalah lawak sikit sikit
modal biasa je, desperate, kahwin kontrak, dapat duit
tapi not that bad lah, ada jugak unsur2 dakwah dalam tu
sebab si Marsha dalam cerita tu jadi muallaf :)
tapi yang kelakarnya cerita ni
si hero sanggup bekerja siang malam pagi petang
semata mata nak kumpul duit nak buat hantaran
yang parents tunang dia mintak, which is RM50,000
siang kerja jadi office boy
malam bawak teksi
sabtu ahad jadi cleaner
tipikal, tapi relevan
ada dua benda yang dirasakan penting
satu : mencari rezeki
dua : hantaran
ada dialog tadi lebih kurang macam ni,
"Biasalah cik, hidup dekat kl. satu kerja mana nak makan"
time dengar dia cakap ayat ni
terbayang beberapa orang yang aku kenal yang seperti si hero tadi
Uncle X : siang kerja office, malam kerja cuci pinggan,
Uncle M : ada kedai sendiri, malam bawak teksi, weekends jual makanan
Uncle Z : siang kerja office, malam jual burger, part time jual insurans
ini baru tiga orang, beribu lagi yang melakukan benda yang sama
bukan nak cakap apa, tapi selagi duduk dekat malaysia ni, lagi2 kl
janganlah bagi alasan takde kerja
nak seribu cara, tak nak seribu dalih
selagi ada nikmat kesihatan, tak mungkin kebulur di bumi bertuah ni
yang kedua pasal hantaran
gambar ni rasanya ramai dah pernah tengok
tentang mas kahwin mengikut negeri
(okay wanita selangor paling mahal yee :P)
ini lah yang wajib, yg dulu dalam syariah diterangkan panjang lebar
tapi pelik pula orang sekarang sibuk dengan hantaran
yang cerita tadi, rm50,000 ! (even agak merepek)
aku dgn adik2 aku bising je depan tv
orang kampung biasa je, tak cakap pulak belajar sampai phd
bawak kelisa je, bukan mini cooper
bukan nak kata orang kampung tak boleh hantaran mahal
tapi berpada-padalah
kalau anak menteri ke anak kerabat raja ke
tak pun miss universe ke selebriti ke
logiklahh
jadi bila tengok cerita ni, rasa kesian pulak dekat kaum adam
so tak mau lah letak hantaran tinggi tinggi xD

Jul 28, 2010

saling tarik menarik

Pernahkah anda terasa hidup anda sangat tidak menarik? yes this sounds common tapi sekarang memang rasa hidup ni tidak menarik okay pembetulan sikit, KURANG menarik bukan sebab bosan hari hari hantar dan ambil adik adik sekolah bukan juga bosan kerana hari hari bangun lambat bahkan bukan kerana makan makanan dgn banyaknya setiap hari tak bosan pun sebenarnya, suka lagi ada tapi itulah, sebab terlalu mengikut rutin hidup ni dah jadi kurang menarik tak ada apa-apa yang nak menarik aku dari bermalas-malasan atas katil dah takde kedai makan yang jauh menarik aku dah takde kena curfew yg menarik aku masuk kolej sebelum pukul 11 dan satu satunya yang mampu menarik aku skrg adalah tv oh yee dan satu lagi adalah ayah bila dia balik kerja aku akan tertarik dari depan tv untuk masuk ke dalam sebab takut kena marah seriously tak menarik sebab tu tak tahu nak update apa kat blog ni dengan bulan puasa yang dah nak dekat ni dan juga beberapa plan next week termasuk baru nak interview visa harap2 menariklah sikit aku untuk lebih rajin beribadat. sedarlah Tuhan tak suka orang yang buang masa =.=

Jul 16, 2010

inbox

No unread emails in your Inbox
inilah kali pertama aku jadi penunggu setia email. sejak dari bulan May lagi dan sekarang aku makin kerap. satu hari hampir 3 4 kali buka email. dan ini juga yang terus muncul buat aku kecewa. doa doa doa dan terus berdoa, i-20 segeralah datang. itu sahaja yang mampu aku lakukan.
ahh serabut! aku dah malas nak fikirkan tentang ini lagi.

Jul 12, 2010

its precious

today after kemas kemas kemas all those 'precious old' belongings that already take my personal space at home, i found this :
its from arwah atuk
on Shawal 1415, almost 16 years ago
maybe i didnt know how to read at that moment
but just now, once i read it
i found myself crying :'(

Jul 11, 2010

sudah habis

world cup dah berakhir semalam
macam macam hal dah jadi seluruh dunia
kelakar jugak tengok reaksi orang merata rata
buat aku terfikir banyak perkara
dan akhirnya, bukan sepanyol bukan belanda
tapi Paul si Sotong yang dapat nama
orang2 kaya beratur nak beli ciptaan Allah ni
ada jugak yang berebut haiwan tak bertulang ni
ahh macam macam laa
dunia haii dunia
janganlah ada orang Islam yang terpengaruh

Jul 9, 2010

looking for someone

***************************************************************************
hello !
i am a big fan of classical literature
(both, English and American literature)
i am also a big fan of Pride and Prejudice
as well as To Kill A Mockingbird
(both, the novels and movies)
anyone here share the same interest?
i am looking for you
we could be friends
plus, i am looking for Pride and Prejudice (1995 and 1940 full versions). anyone? :D
**************************************************************************
if i make this kind of advertisement, will i meet one?
one of my closest friends said i am weird in this way
in a way that i dont like what they like
actually, no it is not precise
i like what we have now
i just like something MORE :)
ps: the above ad could be a real one if you like classical literature too. i am really looking for someone. :)

Jul 3, 2010

seluar hitam untuk jpa

hari ini hari sabtu
lepas balik dari hari entrepreneur dekat smk ttdi jaya
ajak ayah and ibu pergi subang parade kejap
nak beli seluar hitam untuk pergi jpa 17hb ni
sebab tak pernah ada seluar hitam
and dah malas nak pergi jauh jauh
banyak benda lagi nak settle
jadi pergi lah ke sana
masuklah parkson
dan untuk kali yang pertama sejak aku lahir
ayah nak carikan seluar untuk aku
berpusing pusinglah satu level tu dekat 3 kali
semua ayah tak puas hati
seluar ini tak bagus
seluar itu tak selesa
yang ni tak formal
yang tu tak sesuai pakai dgn blaus
lepas dah satu seluar pun dia tak berkenan
tiba-tiba ayah call kawan dia, siti zainab
auntie ni wanita korporat berjaya yg aku adore lah jugak
and tau apa soalan ayah dekat dia?
"siti, slack perempuan dekat mana bagus?"
OMG ! time tu rasa nak menangis !
ayah, along nak seluar biasa je, janji boleh pakai !
tapi ayah tak dengar, sebab aku menjerit dalam hati :'(
and auntie tu cakap dekat klcc bagus
ayah pulak cakap nanti dia bawak pergi klcc
ohh tak payahlah sampai klcc ! malass..
at last bila jumpa ibu
kami beli je seluar dekat dorothy perkins
ayah macam kinda merajuk
sorry ayah, bukan tak nak ikut cakap ayah
tapi demi seluar hitam ni
rasanya tak payahlah nak banyak2 kerja
dekat sini pun okay dah
macam ni rupanya bila ayah nak beli seluar
ingatkan seluar dia je dia agak cerewet
seluar anak dia pun sama
sorry sangat ayah :((

Jul 2, 2010

cinta baru

aku bukan girlish
dan tak pernah jadi girlish rasanya
siapa yang kenal aku tau la kot
dan aku jarang sangat suka bunga
kalau suka pun, certain bunga je pun
tapi sejak sejak ni tiba-tiba je
aku jatuh hati pada ciptaan Tuhan yang satu tu
bunga ; flower ; az-zaharah
pantang jumpa bunga sekarang mesti nak tangkap gambar
budget camera mahal kan? haha
tapi nk buat macam mana dah suka
sampai header ni pun nak letak bunga ;D