Dec 31, 2010

Last of 2010

Regrets I've had a few
But then again too few to mention
I did what I had to do
And saw it through without exemption

I think many of you notice where this verse come from
But just in case, I'd like to tell you it is from 'My Way"
A song popularized by Frank Sinatra about 50 years ago
And it is among the song that has the most remade in history
Quite cool right?
What a like about this song is simply because it makes me think, thats all
And now after few things happened to me recently, I started to wonder

Regret. 
Sometimes we take it too serious don't we?
We can't stop thinking of it, crying for it
But still, I personally don't think we should take it for granted
They are what we had done
A part of ourself
Why did we do something we are not supposed to do?
There must be at least a reason for it

Everyone has their own past
Their very own stories
And sometimes we'd like to keep some of them just for ourself
Not for others
Because of shame, I guess

Muhasabah.
That is what we should do

Taubat.
That is the only way

Maaf.
That is the only word I can say
For all my wrongdoings

I might have been soooooo stupid
Especially back in five years ago
It was all caused by immaturity
But I do understand
Some people are just not too generous to give their apology

I encounter the same situation sometimes
It is hard for me say reply something when people say sorry
But just to let you know, I might say nothing
But deep inside, I always feel free to let it go

Because for me the world is not too big actually
Soon we will be at the same place anyway
No one will be able to escape from Mahsyar right?

Good bye 2010
I don't really feel like welcoming 2011 since I like the number arrangement in 2010 more 
Sorry 2011 xD

Ohh since I started my post today with a song
I want to end it with a song too, can I? hehe
This is for, you-know-who
Thanks for being the most perfect distraction back in Summer 2009 :D
You made me know that future is much more worth to think of rather than past

For the way you changed my plans
For being the perfect distraction
For the way you took the idea that i have
Of everything that i wanted to have
And made me see there was something missing

*This post is such a really big mess. Dengan color and spacing yang tunggang terbalik, tak tau nak alter. ggrrr.

Dec 28, 2010

The Summary

Alhamdulillah, dah selamat sampai di Columbus awal pagi semalam
Macam tak percaya dua minggu dah berlalu, rasa sekejap sangat
Bermula di San Francisco --> Los Angeles --> Anaheim --> San Diego --> Las Vegas
Dari bandar victorian yang berbukit bukit sampailah kota hiburan terkenal dunia Vegas
Dah cukup lama melalui padang pasir bukit bukau yang tak pernah terbayang di mata
Yang tak pernah terlintas di fikiran sebegitu indahnya, subhanallah :)
Serta tidak dilupakan, lagu lagu rock kapak mengancam yang mengiringi perjalanan kami, dan juga setiap tutur kata yang menjadi bahan gurauan sepanjang perjalanan kali ini

Maaf andai ada salah silap mana mana
I believe we have had so much fun there guys, thanks

To California, Arizona and Nevada, till we meet again :)















ps : Yang paling penting, terima kasih tak terhingga kepada senior senior yang susah payah mengatur trip ni. anda semua terbaekkk!

Dec 17, 2010

Winter break

Sekarang ni berada di California bersama 11 warga Maynard sempena Winter break
Lagi sepuluh hari sebelum kembali ke Columbus dan kembali berdepan dengan kesejukan melampau
So far, so good, mudah mudahan semua berjalan lancar
Tolong doakan segala urusan kami dipermudahkan serta selamat semuanya :)

















Macam tak percaya ni gambar betul. Macam crop je kan? haha. tak sangka dah sampai ke bandar bandar yang diidamkan dari kecil. :)

Love from Los Angeles :D,

Dec 11, 2010

The smile

Quarter pertama di OSU dah berakhir dengan selamatnya minggu lepas
Result untuk certain subjects pun dah keluar
Laju betul diorang ni kan? Petang exam, malam dah dapat dah result
Tak sempat nak berehat. dah dpt letter grade, gggrr

Ohh esok inshaallah akan bermusafir ke West Coast kalau tiada aral melintang
Dua minggu ni, should I bring my laptop or not? Tak boleh decide lagi :(

And another thing, tadi ibu call then bila borak borak tu
Ibu suruh buka website STAROBA '75, which is website batch ayah di star
Ibu kata ada gambar ayah, tengok la, and I was thinking
Hhmm.. ni mesti gambar zaman dulu dulu ni..
But I was wrong


Time tu macam, Ya Allah ! This smile !
Tak pernah rasanya dapat capture gambar ayah senyum macamni
I mean, ayah is not that type, muka dia kalau dalam gambar susah nak senyum
Macam mana kawan kawan dia dapat buat dia posing macamni depan camera?
Its weird ! haha. Pape pun terima kasihlah uncle uncle staroba, jasamu dikenang
Gambar ni memang serious rasa nak simpan, print, frame baik baik
Satu dalam seribu I guess? Gambar ni sangat special, it shows the real ayah
Bukan ayah yang budak sekolah selalu tanya "Ayah kau mesti garangkan? Dengan simpam janggut janggut semua"
Dan bukan juga ayah yang selalu buat budak lelaki subang takut nak datang beraya xD

But somehow, bila tengok je gambar ni, rasa rindu tu mencengkam sangattttt laju
Terus bergenang air mata, nasib baik sempat cover
I miss his smile, I miss his warm hug, I miss him
Terribly..

ps : Sorry sumayyah, I have planned to blog about this picture before realizing that you did on the same thing :p

Dec 6, 2010

Baru Baru

Tadi pukul 6.20 pagi ibu call, nak kejut sebab hari ni ada paper pukul 7.30
Pelikkan? 7.30 ada final exam? Syuru' pun pukul 7.39 kot
Seronok je pagi2 dapat dengar suara ibu ayah and asmaa' wish good luck
Lagi lagi bila dengar piah jerit, "Along buat elok2, piah doakan along!"
Rasa semangat nak pergi exam even hidung dah berair, tekak dah mula sakit. :)

Ohh sebab nak ambil bas 6.50, so laju lajulah keluar rumah
Sampai tempat exam pukul 7.00 and do some last minute revision
Okay yang excitednya, habis je exam pukul 9.18 keluarlah dari Hagerty Hall
Hagerty ni menghadap ke arah oval, kinda taman besar di tengah osu
Tempat paling lawa lah kot kalau kat dalam kampus ni
And satu word je keluar, Subhanallah
Sebab nampak lawa sangat
Oval dah dilitupi salji putih yang gebu haha
Tadi pagi gelap lagi, tak perasan pun yang salji dah tebal
Nak snap gambar sangat, tapi memandangkan aku takde handphone canggih
Hanya handphone ihsan dari senior, handphone tu tak berkamera, tak dapatlah mengabadikan first time tengok oval bersalji
So, tengok je lah, takpe, bukan sehari je snow kan? hehe
Then pergi my favorite spot for studying currently, Ohio Union 3rd Floor
Dari situ dapat tengok la dengan lebih menyeluruh lagi bandar Columbus bersalji
Cantik and somehow terasa macam dalam cerita Home Alone pulak, tak tau kenapa
First snow experience kot, tu yang berangan macam macam xD

Ohh dah nak masuk tahun baru hijrah
Banyak benda yang aku nak berubah, harap harap berjaya
Minta maaf semua atas salah silap yang berdozen :(
Petang ni jum baca doa, mudah mudahan diampunkan dosa dosa yang lepas
Dan dikurniakan tahun pernuh bermakna. Amin !

Ohh lagi dua paper je tinggal, kemudian cutiii :D

Dec 3, 2010

25 Benda Karut

#1: Aku suka baca orang kena tag. because it is fun. buat aku rasa, "wow, really?"
#2: Tapi aku jarang layan tag sebab malas nak fikir jawapan yg paling tepat. hehe
#3: Buat post ni sebab kena tag dengan si Firdaus, and tengah mengantuk. so maybe kalau berfikir sikit depan laptop ni, bolehlah segar sikit kot nak study. blaaahh

1. I love number 9 and 1. So much. Because i was born on 9.1.1991
2. Even aku lahir 1991, ibu selalu cakap aku due lahir hujung bulan 12 1990 sebenarnya. dari situlah aku bertekad nak lulus pts. untuk tebus kepenatan ibu mengandungkan aku beberapa hari extra.
3. Pts lah exam aku pernah belajar paling rajin seumur hidup. dekat 15 buku latihan aku habiskan.
4. Subjek kegemaran aku waktu form 4 dan 5 adalah bahasa arab tinggi, al-quran sunnah dan add maths. fizik paling tak digemari. patut aku jadi ustazahkan?
5. Tinggi aku dalam 164 cm. kalau 165 cm, aku dah jadi 5' 4". Nak lagi 1cm!
6. Aku sangat menghargai seni. Lukisan, puisi, teater. Semua layan. Lagi lagi classic.
7. Selalu demam waktu kecil. Jadi attendance sekolah buruk. Maximum pernah absent dalam 50 hari.
8. Time demam tu, semua makanan aku akan muntah balik. kecuali pizza hut pepperoni. jadi ayah akan cepat cepat beli pizza sebab anak dia tak boleh makan benda lain. hihi
9. Aku tak pernah sentuh kucing. takut ke geli ke, taktau nak explain.
10. Pernah bela anak kambing dalam rumah selama 3 bulan. percaya?
11. Suka tinggal barang merata rata. Sedang cuba berubah jadi lebih teliti.
12. Tak berapa gemar tengok perempuan bertudung pakai legging.
13. Ada 5 orang adik perempuan yang tau-nak-gelak-je type of people.
14. Waktu sekolah, aku harapan solo nasyid. wakil sekolah time sekolah rendah je haha. dah besar sikit, wakil dorm je. :p
15. Akan mempunyai kereta volvo di masa depan inshaallah. buruk pun takpe. nak sambung legasi.
16. Ahli rumah kuning yang pemalas sejak darjah 1 hingga tingkatan 5.
17. Tapi aku agak cemerlang road run. Setahun sekali, mesti naik pentas ambil hadiah top ten or twenty. tu jelah sumbangan dekat rumah kuning.
17. Tak pakai perfume, tapi aku ada sebotol Chanel N5 dekat tepi katil.
18. Takde specific favorite color. tapi boleh tahan suka purple.
19. Dulu dulu suka pergi cameron dan genting. nak sejuklah konon. dah sampai sini, baru tau besar maknanya panas. 
20. Cita cita dari zaman kanak kanak adalah engineer. tak pernah berubah.
21. Dan berdasarkan pengalaman hidup ni, aku nak suami engineer.
22. Aku tengok Enchanted and Iron Man I dua kali dekat wayang. Satu dengan girlfriends, satu dengan family.
23. Tak suka senyum nampak gigi sebab aku rasa dua gigi depan aku agak pelik.
24. Pertama kali experienced snow 1 disember lepas. cantik dan sejukkkk.
25. Ohh ye, pertama kali dalam seumur hidup aku solat jumaat hari ini. alhamdulillah.:)

Buat benda ni buat aku terfikir, aku terfikir, kalau one day cucu cicit piut aku baca benda ni, mungkin diorang dapat kenal aku tak? haha. kalau diorang baca, mesti diorang rindu aku kan? say yes pls. xD

Okay. I passed this to my dear lovely Sumayyah. nak study final wehh.

Nov 30, 2010

Last

Tomorrow will be the last official lecture day for me
Boleh tak kalau tak nak quarter ni habis?
I want to continue attending History of Art and Physics lectures
What a strange feeling !
But these are the reasons why I love this quarter so much
I am gonna miss you, Two Awesome Subjects, so, please, give me good grades hehe

Nov 29, 2010

Final week

Aku letak ini di sudut blog sengaja untuk menghitung hari
Berapa lama aku berjauhan dengan orang orang yang aku sayang
Lucukan? Teringat dulu nak upsr kira kira hari
Baru dua bulan tiga minggu je pun
Tapi nak buat macam mana
Paling lama aku pernah tak jumpa family adalah 6 hari 
Jadi ini adalah pencapaian terbaik seumur hidup haha

Oh esok minggu terakhir untuk Fall 2010 sebelum final menjelang
Ada paper 6, 8 dan 9 hari bulan 12
Excitednya rasa nak final !
Seriously, tak tipu xD

Nov 27, 2010

Consider this..

Kisah ini dalam tahun akhir 1960-an ke awal 1970-an. Di satu petang..
1. Seorang isteri duduk di anjung rumah kakitangan kerajaan, memerhatikan anak anaknya bermain di hadapan rumah. Riuh. Meriah
2. Angin bertiup sepoi sepoi bahasa. Tenang
3. Di tepi tingkap, ada sebuah radio lama memainkan lagu keroncong Melayu
4. Sebelum maghrib tiba, suaminya, seorang guru besar pulang ke rumah menaiki vespa
5. Kemudian seisi keluarga masuk ke dalam rumah dan bersiap untuk solat maghrib dan makan malam

Ini cerita ayah. Ayah adalah salah seorang anak yang sedang bermain itu
Kenapa aku ingat kisah ini tiba tiba?
Sebab tiba tiba aku terfikir, kalau panjang umur, siapa aku lagi 10 20 tahun?
Aku dambakan kehidupan yang simple, yang tenang
Tapi ada lagikah possibility untuk jadi se-simple kisah di atas? 
Tengok anak anak main, tunggu suami balik kerja, solat berjemaah, ajar anak buat kerja sekolah. Hehh *sigh*

Rindu ibu ayah, rindu semua orang. :) 
Cepatlah Fall habis. Tak sabar nak berehat sikit..

Nov 24, 2010

MSA at OSU

Sisters' Night Soiree
Jeopardy
Fast-A-Thon
These are the last three Muslim Students Association events I joined for this quarter

MSA at OSU is awesome
Tons of amiable sisters I have known
Dozens of fun and knowledge I have gained
Many hijab styles I have observed too (and I am going to try them xP)

Hopefully this ukhuwwah will last forever amin ! :)

Nov 19, 2010

Raya Haji '10

Hari tu raya puasa tak tahulah rasa apa
Dah lah masih menderita jetlag sebab sampai malam raya
Pagi pagi raya bangun, nak kena cucuk sate pulak
Bila fikir balik mesti teringat macam mana peningnya time tu
Baru jejak bumi Amerika dah kena potong2 sayur buat lodeh
Mujur raya haji kali ni dah tak jetlag :D

Secara kebetulannya hari raya jatuh hari selasa, which is hari yg aku free
Jadi dapatlah aku pergi sembahyang sunat hari raya
Malam raya tu, kami buat makan makan dan bertakbir
Syahdu? Ada lah sikit hehe
Tapi lebih rasa syahdu bila fikir
Dekat Malaysia pun aku tak pernah takbir ramai ramai
Paling ramai pun dengan ibu ayah and adik adik je
Sebab selalu malam raya aku main bunga api kat luar, so dengar dari masjid je haha

Pagi raya tu kali pertama aku pakai baju kurung sejak musim luruh
Sejuknya tak terkata ggrrr
Apa yang aku rasa menarik?
Dekat mata aku, baju raya Muslimah dekat sini cantikkk !
Serious berkilat kilat dan meriah sangat !
Kalau setakat baju kurung kebaya kita, rasa kita ni sungguh besederhana lol

Oleh kerana raya ni dah tak jetlag, agak semangatlah tangkap gambar
Dekat taman belakang rumah je punn, but we had fun menyejukkan diri tepi sungai pagi pagi ! xD

Nov 13, 2010

A preparation for life

I went to MSA GBM yesterday because I was attracted to the title of the meeting
Hajj : A preparation for life


Frankly speaking, I am amazed with the content
I keep on thinking about it until now
How I view Hajj entirely?
I mean, almost everyone views Hajj this way
Not only Malay but all Muslim entirely
It maybe cliche, but this is the fact
I love what the brother said about our aims in life ;

Now, at early 20's, we aim to graduate. Then when we have graduated we want to get work, because we know we can get money to go for Hajj. But then, we think, it would be greater if we could go there with our spouse, so we get married. After we get married, we realized that marriage is really a big deal so we need to save money to settle down. So we postpone our niat for Hajj. Later at 30's, we have kids and we want to take care of them until they grow up and go to college. Then, once they are grown up, we have to pay their tuition fees and after they graduated, they want to get married, so we pay for it, since we love our children. Then you realized that you are almost 50, you start to think about Hajj again but you are not financially capable and begin to get afraid of the grave.
So, how do you view Hajj actually? As a preparation of life or death?

See how it goes? Hajj is one of rukun Islam, should we view it as an ibadah only when we get older? I think about it all night long. I have adjust my life targets now. I am going to start saving for Hajj from now. Sikit sikit lama lama jadi bukit. How about you?

ps : Yes, Malaysians are very lucky to have Tabung Haji, I mean, at least we get a clear picture of it. Aim lepas ni, nak penuhkan akaun Tabung Haji, nak bawak ibu, and ayah, sekali lagi Inshaallah :)

Nov 12, 2010

Jumaat Pagi

Ini entri geram
Tadi ibu call and sekarang semua orang dekat Mines Wellness satu malam
Maybe orang cakap Mines je punn
Okay betul la, tak deny pun, The Mines for me is like.. Shopping mall paling hambar
Kompleks pkns shah alam lagi menarik kot, seriously! haha
Kenapa Mines tak best, entah lah, outlet dia tak banyak pilihan kot
Interior dia pun dull, so macam takde port nak jadi camwhore kat sana lol
But one thing made me geram of knowing my family dekat Mines is the fact that
I really miss the jacuzzi ! Teringat last time pergi sana dengan Sayda hari tu
We had fun there sampai terlupa nak amik visa xD
Suddenly tengah menaip ni, teringat discussion dengan Naz and Wan time hari tu
Kitorang discuss, shopping mall mana yang best and tak best
At least for girls like us yang terpaksa pergi shopping mall each time nak jumpa
If not, kat mana lagi? Rumah kami jauh jauh
Tiap kali nak jumpa, pening kepala mana nak jumpa
Dekat rumah macam takde privacy sangat
Kedai mamak, aku tak makan :S

So dari perbincangan kitorang, masing2 setuju Sunway terbaik untuk zon kami lol
Compare dengan Mid, ohh tak tau kenapa, tapi sana lagi lah tak boleh nak bernafas
And bak kata naz, fashion kat Mid kurang up to date xD
Klcc, is like gahhh, tapi takde benda nak buat, main kat taman je best
Dah lah nak tunggu lif pun berjanggut, serabut!
TS Sungei Wang : ohh i dont like both, pergi sana rasa tak selamat
Pergi pun sebab terpaksa je
Pavi : it is among my favorites tapi leceh lah nak pergi sana, busy
Kenapa tiba tiba pasal shopping mall ni? pppfffttt
I miss shopping mall dekat Malaysia seriously
In other words, I miss the time bila shopping and tiba tiba haus lapar
Boleh turun escalator cari kedai makan, tak pun lari lepak kat kedai sebelah

Okay merepek je, nak pergi class

Nov 11, 2010

Entri yang lewat

Terus terang, aku tak dilahirkan dengan skill berkawan
Aku dapat skill tersebut agak lambat
Bukanlah nak kata dulu takde kawan langsung, tu tipu
Tapi mungkin aku tak tahu apa erti kawan
Sampai aku lompat masuk darjah lima
Sampai aku masuk sekolah menengah
Sampai aku ambil decision nak keluar asrama
Sampai aku habis sekolah
Dan sekarang baru aku sedar, perlahan lahan aku dah dapat skill tu secara tak langsung
Ohhh bukan sahaja berkawan, tapi setia kawan
Aku kenal diorang bila aku masuk darjah 5, time ni still budak2 lagi
Kemudian ditakdirkan sekolah sama sampai tingkatan 5
Persahabatan yang dah hampir sepuluh tahun, ada sesiapa berani kacau?
Ni hari penyampaian hadiah darjah 6. Hari keluar result upsr. SK Subang. Siap ada nama lagi. haha.
To Syahirah : Aku sanggup post gambar buruk ni demi persahabatan kita. any comment? xP
Ohh ni kitorang dah besar, lawa kan? terima kasih ;p
Aku sedar aku ada kawan yang sangat baik lagi prihatin, lagi lagi bila mereka sanggup ke klia walaupun di bulan puasa, dekat dengan waktu berbuka dan hujan lebat, aku tahu terima kasih tak cukup, tapi kalau nak kirim barang tu, kena tunggu aku balik okay. seriously, aku terharu hari tu :)
Penutupnya :
Go Subang girlsss!
Ehh lagi, yang lagi satu aku sangat rindu, yang ajar aku erti persahabatan
Dua tahun sebilik dengan budak2 subang (lagi xD) dan budak serdang
Aisyah, Amira, Ain, Alifah, Neb, Akilah, Amanina, Ell, Echa, Auni, Syera, Shafiqa
Tanpa korang, aku takkan tau macam mana nak berkawan
Ohh since dah kenal lama sangatkan, tolonglah kalau nak kahwin jangan lambat bagitau aku. Tak sangka kita dah besar, dulu kenal baru nak akil baligh. hahaha

*Post ni istimewa untuk seseorang. nahh, aku dah post. aku sayang korang :)

Nov 5, 2010

Perfect

When no-one else can understand me 
When everything I do is wrong 
You give me hope and consolation 
You give me strength to carry on 

And you're always there to lend a hand 
In everything I do 
That's the wonder 
The wonder of you 

And when you smile the world is brighter 
You touch my hand and I'm a king 
Your kiss to me is worth a fortune 
Your love for me is everything 

I'll guess I'll never know the reason why 
You love me like you do 
That's the wonder 
The wonder of you

Suddenly I feel like listen to this song again
You never listen to it?  Click this The Wonder Of You
You better do or else you are lack of one knowledge
Knowledge about the great rock 'n roll legend, King Elvis :p
I still remember ayah used this song for teaching English to my sisters and I
He played the music loud and what we have to do was to catch every single words
And briefly tell him what the song is all about and explain some idioms in it
He will play the cd several times and we always get nervous by this 'game'
Pretty cool right? He is an English teacher too besides an Engineer :)
I like this song, oh no, I guess all my sisters  do
Because it is among the easiest song to comprehend
Why is that so? It is because of Elvis
He is a great pronouncer i told you
And thus, we like it because we will finish the English lesson very quickly
Bad girls aren't we? xD

Despite all of that
What I love most about this song is the descriptions of the lover
But seriously, I don't think this person is real
I mean
Who can understand you inside out?
Who can give you hope and strength  that much?
Who is always there to lend a hand when you have nothing?
Who could love you despite everything bad you have done?
Who else except Him, the most merciful Allah?


Listening to this song remind me to the wonder of Allah

Why not? Who could love us more?
Yes, Your love for me is everything.

Oct 28, 2010

Nak mekap jugak !

Dulu, bila berjalan-jalan dekat shopping complex atau shop lots
Nampak je Guardian atau Watson mesti nak masuk
Masuk je kedai straight pergi tengok tempat make up dan perfumes
Belek belek tester dia then mulalah nak calit sana sini sembur sana sini
Rasanya ramai remaja Malaysia pernah buat aktiviti ni.
Memanglah macam selekeh tapi seronok jugak bila fikir balik sebenarnya
Lagi lagi bila pergi masuk dengan geng ramai2 plus pakai uniform sekolah
Memang kecoh lah , silap silap pekerja dia boleh buat muka nak halau
Dah sekarang ketepikan cerita lama zaman tak bertamadun tu
Sampai dah besar besar ni pun aku still rajin pergi bahagian2 tu lagi
Bukan test test bukan juga dengan niat nak beli semestinya
Cuma aku suka tengok warna warna dan botol alat2 solek ni.
Comel sangat. Ni kira Psycho ke eh? lol
Sebenarnya bab testing testing ni aku tak suka pun
Sebab pernah baca make up ni tak boleh kongsi sebab ada microbs
Dulu layan je lah dah member2 calitkan sana sini
*Pointnya kat sini kalau boleh jangan kongsi2 make up dengan orang lain
Tapi disebalik minat yang sangat mendalam pada benda2 comel ni
Tapi hakikatnya aku tak pernah beli atau pakai satu pun barang make up
Okay tu tipu. Pernahlah pakai lipstick beberapa kali
1. Darjah satu time masuk pertandingan menyanyi
2. Darjah tiga time buat persembahan menari
3. Darjah lima time masuk pertandingan koir hari kemerdekaan
4. Dekat intec time sambutan halloween
5. Dekat intec time ADFP Night
Boleh list dengan jari je kan? Ini yg secara official lah
Which means aku pakai dan keluar di khalayak ramai
Kalau setakat main tester time kecil2, maybe ada kot
Tapi tak ingatlah sebab dekat rumah memang takde sebatang pun
Kalau ada pun bila ada mak cik atau cousin yang tertinggal dorang punya
Time tu lah kitorang adik beradik jadi batak haha
Jadi dalam 5 kali pernah pakai lipstick tu aku rasa malu semacam
Muka rasa tebal, mata rasa berat, bibir rasa merah
Tak tahu lah cuak sebab nak masuk bertanding ke apa
Tapi yang pasti aku rasa serba tak kena dekat muka !
Aku wonder la, apa orang yang hari2 pakai make up ni rasa eh?
Sebelum fly, aku secara tak malunya minta seorang mak cik aku ni eyeliner
Sebab dia kasi adik aku sumayyah eyeliner time birthday and aku rasa lawa
Jadi dapatlah aku sebatang eyeliner time2 dekat nak raya tu
Dengan sangat happy aku pun bawa ke sini dengan harapan nak pakai
Aku suka tengok orang pakai eyeliner sebenarnya
Sebab buat mata nampak besar dan agak lawa
Jadi aku pun tunggulah berazamlah kalau ada event nak pakai
So satu malam ni ada dinner pelajar2 malaysia kat sini
Aku pun keluarkanlah eyeliner tu dan try conteng2 dekat eyelid
Okay takmau cerita detik yg mencemaskan tu
Tapi endingnya eyeliner tu terpatah dan maknanya failed
Lepas tu kelam kabut lap balik kesan2 comot tersebut
Mata dah hitam macam apa entah time tu
Sedih kot, rasa macam looser buat benda simple pun tak dapat
Tu baru eyeliner, belum benda lain lagi :(
Secara jujurnya
Aku jealous dengan orang yang pandai pakai make up
Sebab aku takde skill yang aku rasa, agak menarik bila ada
Dan tak hiperbola rasanya kalau aku masuk pertandingan make up
Aku akan gagal dengan markah yang sangat memalukan
Jealous dekat sini taklah aku kata aku suka tengok semua orang make up
Kalau pakai warna pelik2 and tak sesuai, sakit mata jugak tengok
Tapi kan
Walaupun aku tak pakai, aku suka observe orang2 yang pakai make up
Setakat ni aku terpaksa mengaku aku jarang suka skill selebriti malaysia
Tak sure lah diorang bersolek sendiri ke atau make up artist kan
Tapi make up diorang selalu nampak heavy
Mana taknya, lipstick selalu nak warna garang2 je
Dengan blusher merah menyala macam tomato dah pipi tu
Tu belum lagi bila eyeshadow nak yang color sama dengan baju
Tapi yang peliknya disebalik warna warna tu
Aku still rasa foundation diorang tak mantap mana
Sebab still nampak blemishes dekat muka
Ohh sorry bising pulak. Aku langsung tak tau nak pakai lagi nak condemn
Even aku tak berapa minat nak pakai make up
Tapi aku sangat berminat nak belajar cara nak make up
Untuk apa? Entah, i have no idea
Kalau aku pandai make up sekali pun aku doubt la aku nak pakai selalu
Time nak pergi special occasion je kot, entah2 setahun sekali je
Haa dah tau, aku nak belajar cuma untuk puaskan hati je
Bila tengok dekat cermin boleh bangga ni hasil kerja sendiri
Kalau setakat nak keluar jumpa orang rasanya memang tak kot
Ohh lagi satu, kalau pandai, aku nak main mekap2 dgn adik2 aku
Nak conteng muka diorang sampai lebam haha
And yes, lagi satu sebab aku teringin nak belajar cara make up adalah sebab aku suka sangat tengok dua orang perempuan cantik ni make up, kemas and natural jadi mungkin aku tak lah malu sangat nak berdepan dengan orang sebab tak nampak plastik sangat
Jadi tolonglah, siapa yang boleh bagi kelas intensif FREE nak make up macam dua orang kat atas ni, do contact me okay. Seriously i will appreciate your help !

Oct 27, 2010

Pernah dengar ini?

Contraposto
Oculus
Apotheosis
Tesserae
Cella
Doric, Ionic, Corinthian
Aisle, Nave, Apse, Basilica
Ini istilah engineering
Percaya?
Dari Uruk ke Babylon dan ke Gizeh
Kemudian menuju ke Crete Greece seterusnya Rome Italy
Dari ca.32000 BCE ke ca. 351 CE
Pening?
Tapi inilah paper yang bakal aku ambil esok
Aku sendiri tak percaya

Oct 17, 2010

President in Ohio

Sekali seumur hidup mungkin
Tapi muka Obama pun tak nampak haha
Dalam lautan manusia, memang x boleh berharap tinggilah
Tapi menarik, pertama kali berada dalam upacara rasmi Amerika
Siap ada doa lagi sebelum buka majlis
Boleh tahan patriotiklah mereka ni
Terima kasih presiden Obama melawat Columbus
Terima kasih juga bagi pengalaman beratur terpanjang dalam hidup
Ohh esok ada test Econ, wish me luck ! :)

Oct 15, 2010

Makanan bila rindu

Semalam rasa sangat rindu dekat rumah
Emo sepanjang hari, rindu dekat semua
Dan cara untuk hilangkan rindu itu
Masaklah apa yang mengingatkan pada rumah
Benda yang selalu kami masak ramai2 ;)
Inilah makanan rutin hampir setiap minggu di rumah
Paling senang nak masak, simple lagi mengeyangkan
Spaghetti, salad, garlic bread
Dan lagi satu, mushroom soup
Tapi tak masaklah semalam
Nak kata sedap tu, memang tak seberapalah
Ibu takde nak jaga semua barang haha
Tapi alhamdulillah, kesannya..
Jadi kenyang sangatt sampai tak boleh tidur
xD

Oct 11, 2010

Housewarming Jiran

Last Saturday was the super-lively night
Everyone here at OSU were celebrating the victory of Buckeyes football
But we, the residents in W Maynard Ave
We had a kenduri doa selamat dan bacaan yasin
Quite cool and thanks to our neighbor, Laili Mira Aqilah :)
Despite all those foods, this little Adam is still the main celebrity
Adam is adorable isn't he? :)

Oct 8, 2010

Tak menyesal, INSHAALLAH

Tak pergi ke tempat yang RAMAI student Malaysia
Tak pergi ke tempat yang RAMAI student Intec
I have taken the biggest risk of coming here, at Ohio State
I have to admit that 'little fact'
Kami hanya bertiga gadis dari Intec dari batch ATU 3
Kami juga merupakan batch perempuan Melayu yang pertama setelah beberapa tahun
Senior kami semuanya lelaki (yang begitu banyak berjasa tq)
Walaupun kami cuba juga tarik2 beberapa kawan Intec ke sini
Kalau boleh untuk kami tiga orang merasa lebih selamat
Untuk buat study group atau usrah
Namun cuma seorang jejaka yang sanggup
Yang pengorbanannya hanya Allah yang mampu balas
Yang lain semua tak mahu
Kononnya OHIO bukan tempat maju
Kononnya OHIO hambar sebab tak ramai student Malaysia
Kononnya OHIO takde life macam di bandar besar NY
Tapi aku tak peduli
Aku ada niat sendiri bila dapat peluang belajar ke sini
Bukan semata mata mahukan segulung ijazah
Ya benda itu memang matlamat utama
Tapi aku mahukan sesuatu yang lebih
Yang banyaknya berkaitan dengan hati
Dan juga keinginan aku sendiri
To fill my soul :)
Aku masih ingat kata seorang classmate ayah, yang namanya juga Adnan
Orang pertama yang aku rujuk bila dapat tawaran ke US
Seorang professor Matematik lulusan Northwestern University
Yang education backgroundnya memang di US sejak dari undergrad
Aku masih ingat beliau cukup semangat berkongsi segala pengalaman beliau
Siap bagi link website2 yang aku perlukan untuk explore segalanya
Antara point yang masih aku ingat :
"US is a huge country. Discover and explore the opportunities!"
Waktu itu ayah ragu-ragu tentang keputusan yang aku buat
Kerana dalam family kami belum pernah ada produk US
Majoriti mereka produk UK, Jadi ayah dan ibu RISAU
Dan aku FAHAM kerana aku pun RISAU
Mujur ada uncle tu memberikan aku semangat :)
Berbalik kepada cerita tadi
Jadi aku pun pilih ke Ohio State Columbus
Walaupun banyak dugaan, tanyalah teman2 dan staff OSSP
Alhamdulillah semua berjalan lancar di akhirnya
Apabila sampai di sini aku mula rasa excited
Kampus teramat besar dan orang sangat ramai !
Dari beberapa sumber aku baru dapat tahu yang OSU Columbus ni merupakan antara kampus terbesar di US, padanlah penattt berjalan
Dan yang paling menarik OSU ni ada team football yang sangat gempak
Ranking antara yang terhebat kot kat US, tak percaya, google sendiri xP
Jadi semangat football dekat sini memang lain dari yang lain
Kalau sabtu ada game tu, bergegar jugak lah satu bandar
Honestly speaking, menarik sbb xde dekat malaysia, plus membanggakan
Pembelajaran di sini so far sangat seronok
Ada beberapa instructor yang benar2 buat aku rasa movitated nak belajar
Dan cara students bagi pendapat dekat sini amat matang
Bilalah aku boleh jadi seperti itu? ahhh mesti terus cuba :)
Tentang kerisauan mengenai perspektif masyarakat tentang Muslim
Rasanya itu bukan masalah kerana ini Columbus Ohio
Antara bandar besar juga sebenarnya walaupun mungkin bukan terlalu urban
Di kampus sahaja, setiap jumaat ada dua ke tiga sesi solat
Malah aku akan terserempak dengan wanita bertudung hampir setiap seratus meter
Di celah2 buku di library yang merupakan tempat solat kami sentiasa dikunjungi
Belum lagi di Walmart dan tempat2 awam yang lain
Mereka kebanyakannya memang lahir dan membesar di Columbus
Semuanya cukup ramah memberi salam dan senyuman
Jadi tak hairanlah kalau makanan halal di sini bukan masalah langsung :)
Aku baru sertai Muslim Student Association minggu lepas
Tadi meeting kedua yang aku sertai
Setiap kali meeting, lebih kurang 50 orang yang hadir
MashaAllah baiknya mereka
Terasa ukhuwah itu benar2 kuat
Mereka rajin meng 'approach' kami
Dan aku juga sedang belajar meng 'approach' mereka
Supaya aku dapat belajar apa yang aku mahu
Dan yang paling seronok, sejak aku sampai ke sini, hampir 95% mereka akan bagi reaksi yang sama bila aku beritahu, My name is Atikah, which is:
"Mashaallah that's a pretty name!"
Alhamdulillah, terima kasih yee hehe
Terima kasih ayah bagi nama yang baik dan CANTIK xD
Jadi salah besarlah kata Ohio State takde life
Mungkin for certain people bukan ini life yang mereka mahu
Tapi ini yang aku mahu
Harap tak menyesal ke sini, Inshaallah :)
Sweatshirt pertama di OSU xD

Oct 4, 2010

25 hari

Dulu ketika di Intec
Bila aku sudah mula lemah semangat
Penat dengan rutin harian yang membebankan
Hanya satu yang terlintas di fikiran
"Belajar je lah, kalau tak, kau tak fly!"
Sekarang bila apa yang dihajati dah tercapai
Aku tetap juga rasa penat
Tapi kali ini lain pula semangat yang aku tanam dalam jiwa
"Belajar je lah, kalau tak, kau tak dapat balik rumah!"
Dulu juga ketika di Intec
Hari Jumaat yang paling dinanti
Menanti untuk dijemput pulang
Di sini, aku nantikan juga Jumaat
Tapi penantian tu seperti tidak total
Kerana yang menanti aku hanya rehat, bukan gelak ketawa mereka yang aku rindu
Nak cepat belajar, nak cepat balik, nak cepat jumpa semua orang yg disayangi
Dan tak sangka, ini kali pertama berjauhan dgn family lebih dari 7 hari. Boleh dikira pencapaian baru. LOL
Harap2 lepas ni jadi lagi kuat, inshaAllah.

Sep 21, 2010

Columbus Ohio

At last, I survived the 30+ hours journey, and reached the capital city of Ohio, Columbus. Nothing much but I celebrated Eid less than 12 hours after my arrival. So it was pretty hectic for everyone and I hardly got the feeling. Plus I my heart was still home by that time :( And I got the feeling that among 21 OSU students at klia that day I were the last person stop crying, and you know why, full stop! Oh again thanks to my family members who were there, to send me off About 40 people I guess, which made me feel like I am a celebrity Until I forgot that I didn’t have pictures with ibu and ayah Again in the plane, I cried once I realized it haha And to my best-buddies ever from Subang who were there I am really touched, I swear you all are the best! And now to Columbus It is such a large city Large campus and large buildings And walking is just not so wise to do since I don’t have Mydin and Giant 20 meters from my apartment more But so far, so cool, yes so cool I have lots of new friends The seniors are helpful Lots of Muslims and they are wearing hijab (especially at Walmart) Everything seem to fit me here, I hope so Just… I miss driving and hanging around with my sisters in Sunway Pyramid :(

Few hours before sending me off to klia :)

The three intec girls, my housemates for coming three years insyaAllah :)

And yet I wish my new laptop arrive very soon since I need a bigger screen to see the pictures at klia instead of looking through the camera screen =.=