Oct 8, 2010

Tak menyesal, INSHAALLAH

Tak pergi ke tempat yang RAMAI student Malaysia
Tak pergi ke tempat yang RAMAI student Intec
I have taken the biggest risk of coming here, at Ohio State
I have to admit that 'little fact'
Kami hanya bertiga gadis dari Intec dari batch ATU 3
Kami juga merupakan batch perempuan Melayu yang pertama setelah beberapa tahun
Senior kami semuanya lelaki (yang begitu banyak berjasa tq)
Walaupun kami cuba juga tarik2 beberapa kawan Intec ke sini
Kalau boleh untuk kami tiga orang merasa lebih selamat
Untuk buat study group atau usrah
Namun cuma seorang jejaka yang sanggup
Yang pengorbanannya hanya Allah yang mampu balas
Yang lain semua tak mahu
Kononnya OHIO bukan tempat maju
Kononnya OHIO hambar sebab tak ramai student Malaysia
Kononnya OHIO takde life macam di bandar besar NY
Tapi aku tak peduli
Aku ada niat sendiri bila dapat peluang belajar ke sini
Bukan semata mata mahukan segulung ijazah
Ya benda itu memang matlamat utama
Tapi aku mahukan sesuatu yang lebih
Yang banyaknya berkaitan dengan hati
Dan juga keinginan aku sendiri
To fill my soul :)
Aku masih ingat kata seorang classmate ayah, yang namanya juga Adnan
Orang pertama yang aku rujuk bila dapat tawaran ke US
Seorang professor Matematik lulusan Northwestern University
Yang education backgroundnya memang di US sejak dari undergrad
Aku masih ingat beliau cukup semangat berkongsi segala pengalaman beliau
Siap bagi link website2 yang aku perlukan untuk explore segalanya
Antara point yang masih aku ingat :
"US is a huge country. Discover and explore the opportunities!"
Waktu itu ayah ragu-ragu tentang keputusan yang aku buat
Kerana dalam family kami belum pernah ada produk US
Majoriti mereka produk UK, Jadi ayah dan ibu RISAU
Dan aku FAHAM kerana aku pun RISAU
Mujur ada uncle tu memberikan aku semangat :)
Berbalik kepada cerita tadi
Jadi aku pun pilih ke Ohio State Columbus
Walaupun banyak dugaan, tanyalah teman2 dan staff OSSP
Alhamdulillah semua berjalan lancar di akhirnya
Apabila sampai di sini aku mula rasa excited
Kampus teramat besar dan orang sangat ramai !
Dari beberapa sumber aku baru dapat tahu yang OSU Columbus ni merupakan antara kampus terbesar di US, padanlah penattt berjalan
Dan yang paling menarik OSU ni ada team football yang sangat gempak
Ranking antara yang terhebat kot kat US, tak percaya, google sendiri xP
Jadi semangat football dekat sini memang lain dari yang lain
Kalau sabtu ada game tu, bergegar jugak lah satu bandar
Honestly speaking, menarik sbb xde dekat malaysia, plus membanggakan
Pembelajaran di sini so far sangat seronok
Ada beberapa instructor yang benar2 buat aku rasa movitated nak belajar
Dan cara students bagi pendapat dekat sini amat matang
Bilalah aku boleh jadi seperti itu? ahhh mesti terus cuba :)
Tentang kerisauan mengenai perspektif masyarakat tentang Muslim
Rasanya itu bukan masalah kerana ini Columbus Ohio
Antara bandar besar juga sebenarnya walaupun mungkin bukan terlalu urban
Di kampus sahaja, setiap jumaat ada dua ke tiga sesi solat
Malah aku akan terserempak dengan wanita bertudung hampir setiap seratus meter
Di celah2 buku di library yang merupakan tempat solat kami sentiasa dikunjungi
Belum lagi di Walmart dan tempat2 awam yang lain
Mereka kebanyakannya memang lahir dan membesar di Columbus
Semuanya cukup ramah memberi salam dan senyuman
Jadi tak hairanlah kalau makanan halal di sini bukan masalah langsung :)
Aku baru sertai Muslim Student Association minggu lepas
Tadi meeting kedua yang aku sertai
Setiap kali meeting, lebih kurang 50 orang yang hadir
MashaAllah baiknya mereka
Terasa ukhuwah itu benar2 kuat
Mereka rajin meng 'approach' kami
Dan aku juga sedang belajar meng 'approach' mereka
Supaya aku dapat belajar apa yang aku mahu
Dan yang paling seronok, sejak aku sampai ke sini, hampir 95% mereka akan bagi reaksi yang sama bila aku beritahu, My name is Atikah, which is:
"Mashaallah that's a pretty name!"
Alhamdulillah, terima kasih yee hehe
Terima kasih ayah bagi nama yang baik dan CANTIK xD
Jadi salah besarlah kata Ohio State takde life
Mungkin for certain people bukan ini life yang mereka mahu
Tapi ini yang aku mahu
Harap tak menyesal ke sini, Inshaallah :)
Sweatshirt pertama di OSU xD

15 comments:

FaRHaN SyAHiR said...

Even pilih tmpat ramai malaysian doesn't means it is great....
still ade cons, even pros die nampak byk secara zahirnya...
sederhana itu yg paling baik....hahaha...
btw btol kata uncle tuh, explore the oppurtunities, which lagi senang di tempat yg boleh ajar kite lebeh byk berdikari mungkin...

hafiz fikri said...

glad you're doing fine.belajar mana mana pun sama je.

_fyth_ said...

hope u re doing well there. my fwen..
all the best ;D

gambatte ;)

Atikah Adnan said...

Paan : haah betull, sederhana jugak terbaik haha. Fik : yeah. agree :)
Fitrah : thankss fit! same goes to you :)

Firdaus said...

belajar rajin-rajin ye atikah kat sne. haha. mcm x fly je kn

Atikah Adnan said...

Gedik gila.. xD

umay said...

sedihnya :( hahaha eh along apa kbar pets yg along bwk pegi sana?camel crocs crocodile hush puppies?:D

Atikah Adnan said...

Apa yg sedih sumayyah? ohh mereka semua sihat2 belaka. hush puppies hari2 kena lanyak :D tapi crocs tak bawak la,ada kat rumah! and i miss them so much! :(

jemmiferra said...

go bucks!haha

Atikah Adnan said...

skrg post semua nk pasal buckeyes je kann. dah ter berjangkit dgn kau haha

eizaz said...

ahaha, aku pn pilih tmpt xramai student msia :)

Atikah Adnan said...

Eizaz : Tau, aku tgok gmba kau boleh agak hihi

umay said...

ohh lupa crocs dh jd milik saya :)

Kaki Bangku said...

Interesting kid, you. i was a northwestern student myself, so i am really curious -- who is that maths prof you mention???

Northwestern is right outside of Chicago, so its got quite an urban environment. also, not many malays here either. the other thing is the muslim community in chicago is huge, there's like a hundred mosques in chicagoland (literally speaking).

I do see your perspective because i had the same feelings as you when i was at intec deciding which university to go. but now having gone through this whole experience, i can honestly tell you it is still not necessarily the best decision. being in a university with a lot of malays actually gives you a HUGE advantage in terms of academic success and peace of mind.

At the end of the day, its all about your grades and your career, especially if you want to continue with grad school. Sounds simple, but actually far more complicated and challenging than you think. we are all spoilt by how easy it is to succeed in sekolah menengah. you'll find out that college, especially top american colleges, are extremely challening. SPM is nothing in comparison.

but anyhow, too late to tell you now. best wishes!

Atikah Adnan said...

thank you! :)