Dulu, bila berjalan-jalan dekat shopping complex atau shop lots
Nampak je Guardian atau Watson mesti nak masuk
Masuk je kedai straight pergi tengok tempat make up dan perfumes
Belek belek tester dia then mulalah nak calit sana sini sembur sana sini
Rasanya ramai remaja Malaysia pernah buat aktiviti ni.
Memanglah macam selekeh tapi seronok jugak bila fikir balik sebenarnya
Lagi lagi bila pergi masuk dengan geng ramai2 plus pakai uniform sekolah
Memang kecoh lah , silap silap pekerja dia boleh buat muka nak halau
Dah sekarang ketepikan cerita lama zaman tak bertamadun tu
Sampai dah besar besar ni pun aku still rajin pergi bahagian2 tu lagi
Bukan test test bukan juga dengan niat nak beli semestinya
Cuma aku suka tengok warna warna dan botol alat2 solek ni.
Comel sangat. Ni kira Psycho ke eh? lol
Sebenarnya bab testing testing ni aku tak suka pun
Sebab pernah baca make up ni tak boleh kongsi sebab ada microbs
Dulu layan je lah dah member2 calitkan sana sini
*Pointnya kat sini kalau boleh jangan kongsi2 make up dengan orang lain
Tapi disebalik minat yang sangat mendalam pada benda2 comel ni
Tapi hakikatnya aku tak pernah beli atau pakai satu pun barang make up
Okay tu tipu. Pernahlah pakai lipstick beberapa kali
1. Darjah satu time masuk pertandingan menyanyi
2. Darjah tiga time buat persembahan menari
3. Darjah lima time masuk pertandingan koir hari kemerdekaan
4. Dekat intec time sambutan halloween
5. Dekat intec time ADFP Night
Boleh list dengan jari je kan? Ini yg secara official lah
Which means aku pakai dan keluar di khalayak ramai
Kalau setakat main tester time kecil2, maybe ada kot
Tapi tak ingatlah sebab dekat rumah memang takde sebatang pun
Kalau ada pun bila ada mak cik atau cousin yang tertinggal dorang punya
Time tu lah kitorang adik beradik jadi batak haha
Jadi dalam 5 kali pernah pakai lipstick tu aku rasa malu semacam
Muka rasa tebal, mata rasa berat, bibir rasa merah
Tak tahu lah cuak sebab nak masuk bertanding ke apa
Tapi yang pasti aku rasa serba tak kena dekat muka !
Aku wonder la, apa orang yang hari2 pakai make up ni rasa eh?
Sebelum fly, aku secara tak malunya minta seorang mak cik aku ni eyeliner
Sebab dia kasi adik aku sumayyah eyeliner time birthday and aku rasa lawa
Jadi dapatlah aku sebatang eyeliner time2 dekat nak raya tu
Dengan sangat happy aku pun bawa ke sini dengan harapan nak pakai
Aku suka tengok orang pakai eyeliner sebenarnya
Sebab buat mata nampak besar dan agak lawa
Jadi aku pun tunggulah berazamlah kalau ada event nak pakai
So satu malam ni ada dinner pelajar2 malaysia kat sini
Aku pun keluarkanlah eyeliner tu dan try conteng2 dekat eyelid
Okay takmau cerita detik yg mencemaskan tu
Tapi endingnya eyeliner tu terpatah dan maknanya failed
Lepas tu kelam kabut lap balik kesan2 comot tersebut
Mata dah hitam macam apa entah time tu
Sedih kot, rasa macam looser buat benda simple pun tak dapat
Tu baru eyeliner, belum benda lain lagi :(
Secara jujurnya
Aku jealous dengan orang yang pandai pakai make up
Sebab aku takde skill yang aku rasa, agak menarik bila ada
Dan tak hiperbola rasanya kalau aku masuk pertandingan make up
Aku akan gagal dengan markah yang sangat memalukan
Jealous dekat sini taklah aku kata aku suka tengok semua orang make up
Kalau pakai warna pelik2 and tak sesuai, sakit mata jugak tengok
Tapi kan
Walaupun aku tak pakai, aku suka observe orang2 yang pakai make up
Setakat ni aku terpaksa mengaku aku jarang suka skill selebriti malaysia
Tak sure lah diorang bersolek sendiri ke atau make up artist kan
Tapi make up diorang selalu nampak heavy
Mana taknya, lipstick selalu nak warna garang2 je
Dengan blusher merah menyala macam tomato dah pipi tu
Tu belum lagi bila eyeshadow nak yang color sama dengan baju
Tapi yang peliknya disebalik warna warna tu
Aku still rasa foundation diorang tak mantap mana
Sebab still nampak blemishes dekat muka
Ohh sorry bising pulak. Aku langsung tak tau nak pakai lagi nak condemn
Even aku tak berapa minat nak pakai make up
Tapi aku sangat berminat nak belajar cara nak make up
Untuk apa? Entah, i have no idea
Kalau aku pandai make up sekali pun aku doubt la aku nak pakai selalu
Time nak pergi special occasion je kot, entah2 setahun sekali je
Haa dah tau, aku nak belajar cuma untuk puaskan hati je
Bila tengok dekat cermin boleh bangga ni hasil kerja sendiri
Kalau setakat nak keluar jumpa orang rasanya memang tak kot
Ohh lagi satu, kalau pandai, aku nak main mekap2 dgn adik2 aku
Nak conteng muka diorang sampai lebam haha
And yes, lagi satu sebab aku teringin nak belajar cara make up adalah sebab aku suka sangat tengok dua orang perempuan cantik ni make up, kemas and natural jadi mungkin aku tak lah malu sangat nak berdepan dengan orang sebab tak nampak plastik sangat
Jadi tolonglah, siapa yang boleh bagi kelas intensif FREE nak make up macam dua orang kat atas ni, do contact me okay. Seriously i will appreciate your help !
10 comments:
nk make jgk ! ;P
sume msuk U dh pndai make up
lg2 msuk uitm ;0 hoho
tp nnt make up muke jd bruk le xde make up ;s
i think u look more sweet without make up. because u have that natural beauty. :)
kite ade persamaan, tak reti pakai eyeliner. sumpah tak pernah pass ! sedih ! HAHA.
setakat pakai compact powder dengan lip balm je yg pandai. hampeh betol. haha.
tyka!
mira pun tak pernah make up.
ok tipu. ada la.
jap nak bilanggg..
1. time dinner kat matriks.
2. mase malam rayer first(cousin yang pakse)
ok. as far apa yang mira igt. tu je la.
hahahaha. nape kite tak reti make up eh?
and mira tak kenal pun alat2 make up ni.
plus. even pencuci muka pun tarak T__T
kalau pakai makeup nanti muka berkedut cepat tua
XP haha
actually for boys, make up is just for those who are not confident with their own natural beauty..haha. wedding is an exception la. lol
daus : is it? auuuw. naseb taley 'like' haha
nani xreti make up jugak ! haha
nadiah & huda : akak tauuu haha
izyanti : thankss. i thought u use eyeliner. mcm pernah nmpak dlm picture. tak eh? :D
miya : seronoklah tu. haha
nani : ang make up nanti lawa sgt. xyah la. hihi
daus : haha. just for fun lah. :)
haha. seriously tak pernah gune eyeliner. sebab tak reti pakai. hehe. :P
Post a Comment