Mar 31, 2011

ABC








Aku jarang keluar status (kot), sebab selalu tak tahu nak keluar status apa
Tapi kelmarin tetiba rasa rinduuu sangat nak makan abc seksyen 2
Rindukan kesegaran, kemanisan, kepekatan, serta keseronokan abc kat situ
Yesssss. Exaggerating I know. haha
Tambah lagi satu fact, ke-murah-an dan ke-banyak-an abc dekat situ. Ha ni betul
Then bila keluar status, ibu siap like you! Ohh pertama kali ibu like status ^_^
Lagi best, esok tu snow turun pulak, tak pasal-pasal rasa macam dapat petanda nak suruh buat abc pakai snow lol

Apakah abc seksyen 2? Kepada yang tak pernah rasa, and terasa nak tengok apa rupanya, bolehlah google "abc seksyen 2 shah alam"
Merata gambar kat internet, membuktikan betapa famousnya abc dekat situ
Boleh tak macamtu? Malas gila nak upload hahaa
Dekat album facebook aku pun ada, gambar aku dengan Eton merenung abc hehh
But macam aku tulis kat atas la, bagi aku sebab dia famous serata Malaysia, eh Selangor je kot, sebab dia murah. 1 cawan besar tu baru RM2.50. Siap ada buah, coklat etc. depend kepada perasa apa kita pilih
Besar macamtu, memang la orang suka, lagi-lagi student
Kepada yang terasa nak try, haa pergilah food court depan pintu UiTM Shah Alam
Cubalah, sekali seumur hidup pun takpe, tak rugi hahaha

Bercakap pasal abc, aku teringat pulak kisah aku kempunan abc
Sebenarnya hari tu, lepas habis Intec, aku agak busy jadi takde masa nak pergi seksyen 2 walaupun hati meronta ronta nak makan abc, ohh mengadanya, belakang rumah pun ada je orang jual abc kot, tapi nak jugak kat tempat jauh
Taklah jauh mana, 15 minit je, tapi tangguh tangguh, bulan puasa pun menjelma
Then one day, sebab dah tak tahan sangat, aku cakap malam ni lepas terawih nak beli abc. "Tak kira nak jugak!" Everyday cakap macamtu, tapi habis je terawih, semua tak larat bangun, tidur, siapa nak drive malam-malam ni? Aku takut :'(
Akhirnya 28 Ramadhan, aku pun bertolak meninggalkan Malaysia, dang, tak sempat nak abc!

Hari tu skype, ibu kata selagi along tak balik, budak2 (referring to my sisters) pun tak dapat makan abc seksyen 2 hehee bangga sekejap
But I know they don't even mind about it because they have their frutti tutti, which I never had before, hishh kenapa dulu tak pernah dengar pun? lambat la atikah nii
Sekarang pun semua orang nak letak gambar dgn frutti tutti, including my sisters
I feel soooo kampung, seriously, I like abc, they like frutti tutti, ibu pun sama!
Ahhh memang duduk kampung pun, so tak kira nak abc jugak

Mar 26, 2011

Spring Break Trip

My 6 days trip has ended
Syukur semua berjalan lancar walaupun ada perubahan plan di tengah jalan: which caused me to cancel my plan of meeting the person I wanted to meet most, Nani
But never mind, insyaAllah kalau ada rezeki, Midwest nanti jumpa ehh :)

Basically, matlamat utama trip kali ni adalah Chicago and shopping
Kemudian kebetulan ada Malaysian Night di MSU, so dapatlah menghiburkan diri tengok persembahan kawan-kawan, serious seronok!
Thanks to Firdaus, Fahmi, Aqilah, Daya, and semua yang dijumpai sepanjang perjalanan, I had fun with all of you
Shopping, tak payah cakaplah, tak pernah tak best, but kali ni extra-best sebab dapat beli benda yang dah lama aim hihi
While for Chicago, as I expected, is an amazing city. I love it!
Mr. Spring cepatlah datang, sejuk niii..
Chicago, Illinois

Dan ini pulak universiti yang dilawati:
Universiti of Michigan Ann Arbor aka OSU Biggest Rival
Michigan State University East Lansing

University of Illinois Urbana Champaign
Indiana University Bloomington
Purdue University West Lafayette

Mar 24, 2011

@ Purdue

Dak dekat seminggu tak pegang laptop
InsyaAllah esok balik Columbus
Tak sabar nak bermukim balik
So far I am enjoying this trip alhamdulillah :)

Sekarang dekat Purdue, meeting my beloved housemate Atifa Maryam
Dan sampai sekarang masih terkilan tak dapat jumpa Nani di Wisconsin hari tu
Sorrrryyy sgt, betul2 takde rezeki hari tu :(

Mar 15, 2011

School

Hari ni dapat emel, titlenya:
School is your job. Time to do work.

Ahhh Atikah focuslah, dua paper je lagi.

Mar 11, 2011

Habis dah Winter Quarter

Dah habis sepuluh minggu? Winter quarter dah nak habis?
Salji ada lagi ni, pokok pun botak lagi, betul ke dah nak spring?
Cepatnyaaa masa berlalu

Tadi Professor Walter kata: Do not DON'T STUDY for your final!
Okay, nak study dah ni
All the best semua! ^_^

Mar 8, 2011

Separuh Tahun

HARI NI DAH GENAP 6 BULAN DI USA
Terperasan ni bila tengok kira kira dekat sebelah ni
Haaaiii MALAYSIA, rindunya..

Anyway, hari ni birthday my sister whom i used to hate most! hihi
Sumayyah, happy birthday ^.^
Hopefully you have a great birthday
Be strong, keep on working hard
Remember, life is not easy, but that is the reason we are here
So, cherish every moment with love and taqwa :)

Anyway,
I miss listening to your guitar show
I miss talking with you
I miss walking hand in hand with you
I miss everything about you mokmoktong! :'(
Oh lagi satu, your keep-on-activating-and-deactivating facebook is making me pening. Stop it!!
Nah hadiah birthday! Hahahahaa Rajinnya along nak editkan? So sweet :p

Mar 5, 2011

Stay!

"It's weird! Why you wanna go back? Stay here and enjoy the land of America!"
"Stay here! We can find husbands for all of you!"

Nahhh. Ni dua respons yang pernah diterima bila bercakap dengan sisters MSA pasal balik Malaysia lepas habis belajar
Reaksi mereka bila cakap nak balik Malaysia mesti nampak macam terkejut
Siap nak carikan suami. Buat muka serious pulak tu
Ada sesiapa berminat nak kahwin dengan orang US?
Macam-macam ada, dari pak arab, mat salleh, somali, india, bangladesh pun ada
Mata biru, hazel, hitam, semua original
Dan jangan risau, Islam
Macam iklan cari jodoh pulak haha

Kalau berhadapan dengan situasi seperti ini, ada dua benda yang bermain di fikiran
Pertama, apa patut aku respon?
Kedua, kenapa mereka berfikiran macam tu?

Untuk yang pertama, waktu tu kawan aku ni tanya aku personally dalam kelas 
Mula-mula dia tanya apa plan aku bila dah graduate dan bila cakap pasal balik, dia buat muka pelik
Dia tak puas hati bila aku cakap aku datang sini semata-mata nak study
Kenapa nak balik? Orang lain berebut-rebut nak menetap dekat US - kata dia
Ada banyak options bila nak jawab ni sebenarnya
Sama ada nak cakap nak balik sebab terikat dengan kontrak kerajaan
Atau nak cakap sebab rindu family, dan berjuta-juta jawapan lain
Tapi aku lagi suka cakap, "Because it is where I belong"
Patriotik sangat? Tapi itu jawapan dari hati
Bukan apa, kalau cakap pasal kontrak, buat aku fikir
Kalau takde kontrak, memang betul aku nak lari duduk US ke?
Untuk aku, jawapannya tidak, jadi jelaslah bukan sebab kontrak semata-mata

Persoalan kedua, kenapa mereka berfikiran begitu? Nak ajak orang menetap di US?
Bagi aku, sebab ini United States of America: 
Land of immigrants, Land of opportunity
Dari yang aku kenal dalam MSA ni, kebanyakan dari mereka adalah generasi kedua or ketiga imigran
Memang mereka American, speaking berhabuk habuk, fashion pun update
Dan memang mereka Islam, jumpa je nak bagi salam, senang hati kan?
Mereka still pakai baju tradisional mereka, tahu bertutur bahasa asal mereka
Even ada antara mereka yang masih selalu ulang alik ke negara asal
Cuma mereka dah lahir, membesar, dan belajar dekat sini
Dan mereka tahu betapa berbezanya hidup mereka kalau atuk nenek mereka tak berhijrah ke US
Teringat ada satu sister ni cerita, dia berasal dari Somalia
Dia kata mak dia cerita, dekat Somalia orang kurus-kurus, makanan tak cukup, tapi dekat US takde masalah nak makan. Merata -rata. Pilih je
Ada juga yang cakap, dekat US mereka dapat kebebasan nak bersuara
Tak kurang dengan cerita nightmare dia bila tengok wayang dekat India, dalam panggung wayang pun bertumbuk pasal berebut seat sampai panggil polis semua
Dia siap cakap, "There is no such a thing in America!"
Mana mereka tak sayang US kan? 
Jadi aku rasa mestilah mereka nak kita pun sama-sama menikmati apa yang mereka rasa, kualiti hidup dan keselamatan yang terjamin
Sampai siap nak cari husband you! haha

Sebenarnya kenal mereka buat aku faham apa erti bersyukur
Kita ni dah dilahirkan dalam kominiti Islam yang mewah makan pakai, penghayatan tu kadang-kadang kurang sebab kita tak boleh fikir, "Kalau bukan di sebagai Muslim di Malaysia, dekat mana aku hidup?"

Tengok mereka, buat aku betul-betul bersyukur menjadi rakyat Malaysia
Cuma kadang-kadang dalam hati aku rasa, cuba datang Malaysia, sure kau lagi suka! :)

Mar 2, 2011

Week 9

Tadi lepas kelas Statics tamat pada jam 1:48pm
Aku telah berjalan pulang ke rumah dengan lajunya
Hal ini adalah yang demikian kerana pada waktu-waktu sebegini, biasanya tiada bas COTA di jalanraya, dan perutku sudah terlalu lapar, dipercayai akibat ia hanya diisi dengan sekeping tortilla sebelum ke kelas pukul 9.18am tadi
Sebaik sahaja sampai di rumah, aku terus meletakkan barangan sekolah dan bergegas menunaikan solat zuhur
Usai solat, aku ke dapur dan cepat-cepat menumis sedikit bawang dan seterusnya memasukkan daging yang tadi telah aku nyahbekukan ke dalam periuk, hajat aku adalah untuk memasak spagetti ala mee mamak
Ia cepat dan mudah, kenyang, serta aku memang malas masak
Semua berjalan dengan lancar, daging kelihatan telah lembut dan okay, siap
Lalu aku pun menyenduk spageti tersebut ke dalam pinggan
Tiba-tiba, Tikahhh! aku jerit sendirian
Di tangan kiri aku bukan pinggan tapi cawan, tadinya kosong tapi sekarang dah melimpah dengan spagetti
Entah macam mana boleh silap ambil pun taktau
Atikah, kau lapar sangat ni. Membebel sendiri

This is an immature side of me, especially when I am hungry hehh
Okay, dah nak final kurang dari dua minggu je lagi
Good luck studying everyone! :)