"It's weird! Why you wanna go back? Stay here and enjoy the land of America!"
"Stay here! We can find husbands for all of you!"
Nahhh. Ni dua respons yang pernah diterima bila bercakap dengan sisters MSA pasal balik Malaysia lepas habis belajar
Reaksi mereka bila cakap nak balik Malaysia mesti nampak macam terkejut
Siap nak carikan suami. Buat muka serious pulak tu
Ada sesiapa berminat nak kahwin dengan orang US?
Macam-macam ada, dari pak arab, mat salleh, somali, india, bangladesh pun ada
Mata biru, hazel, hitam, semua original
Dan jangan risau, Islam
Macam iklan cari jodoh pulak haha
Kalau berhadapan dengan situasi seperti ini, ada dua benda yang bermain di fikiran
Pertama, apa patut aku respon?
Kedua, kenapa mereka berfikiran macam tu?
Untuk yang pertama, waktu tu kawan aku ni tanya aku personally dalam kelas
Mula-mula dia tanya apa plan aku bila dah graduate dan bila cakap pasal balik, dia buat muka pelik
Dia tak puas hati bila aku cakap aku datang sini semata-mata nak study
Kenapa nak balik? Orang lain berebut-rebut nak menetap dekat US - kata dia
Ada banyak options bila nak jawab ni sebenarnya
Sama ada nak cakap nak balik sebab terikat dengan kontrak kerajaan
Atau nak cakap sebab rindu family, dan berjuta-juta jawapan lain
Tapi aku lagi suka cakap, "Because it is where I belong"
Patriotik sangat? Tapi itu jawapan dari hati
Bukan apa, kalau cakap pasal kontrak, buat aku fikir
Kalau takde kontrak, memang betul aku nak lari duduk US ke?
Untuk aku, jawapannya tidak, jadi jelaslah bukan sebab kontrak semata-mata
Persoalan kedua, kenapa mereka berfikiran begitu? Nak ajak orang menetap di US?
Bagi aku, sebab ini United States of America:
Land of immigrants, Land of opportunity
Dari yang aku kenal dalam MSA ni, kebanyakan dari mereka adalah generasi kedua or ketiga imigran
Memang mereka American, speaking berhabuk habuk, fashion pun update
Dan memang mereka Islam, jumpa je nak bagi salam, senang hati kan?
Mereka still pakai baju tradisional mereka, tahu bertutur bahasa asal mereka
Even ada antara mereka yang masih selalu ulang alik ke negara asal
Cuma mereka dah lahir, membesar, dan belajar dekat sini
Dan mereka tahu betapa berbezanya hidup mereka kalau atuk nenek mereka tak berhijrah ke US
Teringat ada satu sister ni cerita, dia berasal dari Somalia
Dia kata mak dia cerita, dekat Somalia orang kurus-kurus, makanan tak cukup, tapi dekat US takde masalah nak makan. Merata -rata. Pilih je
Ada juga yang cakap, dekat US mereka dapat kebebasan nak bersuara
Tak kurang dengan cerita nightmare dia bila tengok wayang dekat India, dalam panggung wayang pun bertumbuk pasal berebut seat sampai panggil polis semua
Dia siap cakap, "There is no such a thing in America!"
Mana mereka tak sayang US kan?
Jadi aku rasa mestilah mereka nak kita pun sama-sama menikmati apa yang mereka rasa, kualiti hidup dan keselamatan yang terjamin
Sampai siap nak cari husband you! haha
Sebenarnya kenal mereka buat aku faham apa erti bersyukur
Kita ni dah dilahirkan dalam kominiti Islam yang mewah makan pakai, penghayatan tu kadang-kadang kurang sebab kita tak boleh fikir, "Kalau bukan di sebagai Muslim di Malaysia, dekat mana aku hidup?"
Tengok mereka, buat aku betul-betul bersyukur menjadi rakyat Malaysia
Cuma kadang-kadang dalam hati aku rasa, cuba datang Malaysia, sure kau lagi suka! :)
9 comments:
Nice
Salam.
Suka suka! *like*
sgt betul!! tp dtg malaysia mesti lagi suke kan. Btw, I'm taking a course that deals with social class in US. Statement about America as the land of oppotunity is just a myth. The reality behind the myth is quite disappointed..
pehh yg speaking berhabuk habuk tu xleh blah..
nice ah, tp bg aku, manisny Islam mmg aku dpat lebih kat msia la kalu diorg tny nape xnak stay..
suami xyah cari da nak stay kat US...:p
btw ade seorang dr ni pernah ckap kat waktu Alif Ba Ta aritu, the best things to do after graduation is giving back to the society, sebab kita pon guna duit kerajaan kan. And die cakap kat Malaysia makan minum pakaian ckop, so knapa kita xnak balik and contribute. Itu yg die ckap r...tapi x semestinya balik right after grad kan, at least we have that intention to contribute.
feza, nadiah : thanks. peringatan bersama insyaAllah :)
as: yeke? actually aku rasa macamtu gak. huhu
naufal: haruslah hiperbola. lol. tapi betul point kau, aku setuju sgt.
paan: haa betul2. intention tu penting. sebab macam mana pun, takdir kita Allah yang tetapkan.
hujan emas dinegara org, hujan batu dinegara sendiri, lbh baik dinegara sendiri, pesan org2 tua kononye lah, haha
tikah.. good post ! muhasabah diri aku balik ! heheh
saiful: absolutely!
nani: insyaAllah. thanks :)
Post a Comment