Tadi lepas kelas Statics tamat pada jam 1:48pm
Aku telah berjalan pulang ke rumah dengan lajunya
Hal ini adalah yang demikian kerana pada waktu-waktu sebegini, biasanya tiada bas COTA di jalanraya, dan perutku sudah terlalu lapar, dipercayai akibat ia hanya diisi dengan sekeping tortilla sebelum ke kelas pukul 9.18am tadi
Sebaik sahaja sampai di rumah, aku terus meletakkan barangan sekolah dan bergegas menunaikan solat zuhur
Usai solat, aku ke dapur dan cepat-cepat menumis sedikit bawang dan seterusnya memasukkan daging yang tadi telah aku nyahbekukan ke dalam periuk, hajat aku adalah untuk memasak spagetti ala mee mamak
Ia cepat dan mudah, kenyang, serta aku memang malas masak
Semua berjalan dengan lancar, daging kelihatan telah lembut dan okay, siap
Lalu aku pun menyenduk spageti tersebut ke dalam pinggan
Tiba-tiba, Tikahhh! aku jerit sendirian
Di tangan kiri aku bukan pinggan tapi cawan, tadinya kosong tapi sekarang dah melimpah dengan spagetti
Entah macam mana boleh silap ambil pun taktau
Atikah, kau lapar sangat ni. Membebel sendiri
This is an immature side of me, especially when I am hungry hehh
Okay, dah nak final kurang dari dua minggu je lagi
Good luck studying everyone! :)
1 comment:
sohla sardin mskkn klo lapa :P
Post a Comment