Nov 19, 2010

Raya Haji '10

Hari tu raya puasa tak tahulah rasa apa
Dah lah masih menderita jetlag sebab sampai malam raya
Pagi pagi raya bangun, nak kena cucuk sate pulak
Bila fikir balik mesti teringat macam mana peningnya time tu
Baru jejak bumi Amerika dah kena potong2 sayur buat lodeh
Mujur raya haji kali ni dah tak jetlag :D

Secara kebetulannya hari raya jatuh hari selasa, which is hari yg aku free
Jadi dapatlah aku pergi sembahyang sunat hari raya
Malam raya tu, kami buat makan makan dan bertakbir
Syahdu? Ada lah sikit hehe
Tapi lebih rasa syahdu bila fikir
Dekat Malaysia pun aku tak pernah takbir ramai ramai
Paling ramai pun dengan ibu ayah and adik adik je
Sebab selalu malam raya aku main bunga api kat luar, so dengar dari masjid je haha

Pagi raya tu kali pertama aku pakai baju kurung sejak musim luruh
Sejuknya tak terkata ggrrr
Apa yang aku rasa menarik?
Dekat mata aku, baju raya Muslimah dekat sini cantikkk !
Serious berkilat kilat dan meriah sangat !
Kalau setakat baju kurung kebaya kita, rasa kita ni sungguh besederhana lol

Oleh kerana raya ni dah tak jetlag, agak semangatlah tangkap gambar
Dekat taman belakang rumah je punn, but we had fun menyejukkan diri tepi sungai pagi pagi ! xD

4 comments:

Firdaus said...

Kat Malaysia main bunga api, kat sini main bom! haha

miya said...

tyka cantik~!

hudaaaa :) said...

errr --' ni raya haji ke ? mana satu atikah ?

Atikah Adnan said...

Daus : Bom pun bom lah. Baru meriah raya! :D
Miya : Biasa je lah. Thanks btw :)
Huda : Dah rabun ke lepas exam? Kesiannn. Nak i belikan spec ke huda? lol