Apr 21, 2011

Mediterranean Cuisine 101

Aku suka sangat makanan Mediterranean, sangat sangat
Basically dekat Malaysia, makanan Mediterranean ni ramai orang panggil, 'Makanan Arab'
Tapi daripada pemerhatian dan sumber bacaan aku selama ni, taklah tepat sangat nak cakap makanan Arab sebab dia bukan sahaja dipengaruhi budaya Middle East, tapi ada asimilasi dengan budaya Eropah seperti Greece, Italy dan Spain
Nak kata beza sangat dengan Western, basic dia lebih kurang
Cuma makanan arab lagi banyak herbs and itu yang buat best tuu
Tapi biasalah, dah Malaysia banyak sangat makanan, dah lah nak sebut Mediterranean pun susah, so normal la kita memang suka generalize benda, so itu yang jadi makanan Arab tu. Tapi nasihat aku janganlah salah cakap depan orang bukan Arab bila kau makan dekat kedai dia, yang ni makanan Arab, nanti dia naik angin tak tentu pasal. Aku pernah kena, entah pape entah dorang ni.

Aku agak fanatic dengan makanan Mediterranean ni dari dulu
Ni aku listkan sebab-sebab yang aku fikir dari kecil
1. Nak tinggi macam orang Arab
2. Nak cantik macam orang Arab
3. Nak boleh cakap Arab
Bila aku fikir balik, relevan jugak sebab-sebab aku ni, even it sounds childish

Tinggi: Makanan arab ni banyak berasaskan daging lembu dan kambing, yang secara saintifiknya orang tau pembekal protein yang banyak. Memanglah baka orang diorang ni sendiri dah besar, tapi tengok Jepun sebagai contoh. Dulu sebelum WW2 dorang makanan seafood je, tapi bila dorang tau khasiat makan daging, dorang tukar diet dorang. Sekarang tengok, dorang dah boleh cakap 6 kaki. Dulu, zaman Jepun mana ada orang Jepun tinggi-tinggi :p (Quote dari cikgu sekolah aku)

Cantik: Nak kata cantik tu aku pun tak tau sangat sampailah tadi aku google hehe. Olive oil dan buah zaitun adalah main ingredient dalam Mediterranean cuisine, dan dia sangatlah berkhasiat. Ikut statistics, dia dikatakan sebagai diet paling sihat! Olive oil ni jugak antioxidant semulajadi dan kaya dengan Vitamin E (Essortment.com, n.d). So ada logiklah makanan Arab ni buat cantikkan? Antioxidant buat awet muda, Vitamin E pula memang elok untuk kulit. Fakta ni aku ingat even aku taklah pandai sangat Bio, SPM dulu pun dapat A2 je haha.

Cakap Arab: Hahh ni sebab ayah aku cakap dia makan makanan Arab nanti boleh cakap Arab, so aku pun terpengaruhlah haha. Tapi tu lah ayah dulu selalu je selamba borak dengan orang Arab padahal dia bukan belajar dekat negara Arab, belajar sendiri2 je. Logik ke tak aku taktau lah tapi kalau korang pernah tengok satu video kat Youtube pasal orang Mesir cakap Kelantan, dia ada kata sebab student Malaysia susah nak cakap Arab sebab dorang tak makan makanan arab. Bab ni tak boleh komen lebih-lebih, kena tunggu student Mesir komen :D
Ikut pemerhatian aku, sekarang dekat Malaysia makanan arab ni dah senang dapat
Compare dengan 10 tahun dulu, sekaran rasanya dah banyak kedai makanan Arab ni
Ingat lagi kalau dulu, nak pergi cari makanan Arab ayah bawak pergi Jalan Telawi KL nuun, takpun Ampang
Tapi sekarang Sunway, TTDI, Shah Alam pun ada, nicekan? Semua dekat dengan rumah
Dan kalau dulu makanan Arab ni agak ekslusif, sekali makan tu memang beratus habis
Tapi sekarang murah dah, sepinggan boleh dapat kot bawah sepuluh ringgit, so okaylah :) 

Oh tapi sekarang nak cakap pasal dekat US pulak
Clearly, dekat US ni laaaaaagi banyak makanan Arab since ramai orang Arab
Even yang dekat dengan rumah ni pun ada banyak, ada Ali Baba, Lavash, Kabul
Tapi memang takde lah selalu nak pergi makan situ, masakkan jimat
Cuma bila tiap kali travel, memang kedai Arab lah jadi tempat bergantung, sebab tu je option halal dan merata rata dekat US ni
Walaupun tak dapat nak dinafikan tak semua best and ada yang memang mengarut
Makanan tak sedap, charge mahal, tapi biasalah tu, mana-mana pun sama
Nasib baik, dapat kedai yang review positive, puas hati, normal lah kan?
Ni antara gambar makanan yang aku amik time travel Spring break hari tu
1 hari 1 kedai, tapi gambar tak banyak pun, pergi kedai sebab lapar, so jarang keluar camera melainkan bila kedai dia cantik.
3 benda ni macam basic untuk makanan Arab la, nasi, kebab, salad, and sup
Ni Fetoush, salah satu jenis salad Mediterranean. Salad favorite dari dulu. Thanks to Tarbush :D

Shish Kebab, memang best, lepas makan takkan larat bangun

Red Lentil Soup at Anatolia Bloomington. The best soup ever!

Lagi aku suka jugak humus, falafel, manisan manisan, alaaa sedih gambar takde haha
Mood sekarang nak tunggu break, nak jalan jalan cari makan lagi :)

9 comments:

miya said...

makan makanan arab almost tiap2 hari sbb dapat lunch from uni, tapi nak cakap arab tak boleh2 jugak T__T

Atikah Adnan said...

Hahaha. Takpe miya. Ada rezeki nanti mesti pro punya :)

Farisha said...

my starter menu yg wajib is kibbeh and hummus! nyummylicious :9

Atikah Adnan said...

Yesss superliciousss!

Unknown said...

kt tmpt aku pon ade, name die Mamma Mia, most of foreigner mkn kt ctu, tp x pernah try plak

~[miSs feNneC]~ said...

nyum3x~~ sedapnye~~

Atikah Adnan said...

Saiful: Apsal Mamma Mia? Tak mcm Mediterranean pun nama dia hahaha
Naz: Nanti kita pegi makan Naz! :)

eizaz said...

salah! mkn mknan arab pn xleh pndai ckp arab.. mslh budak2 msir xleh ckp arab sbb dorg dok dklangan org2 msia je. dorg xcampur ngn org2 mesir. :)

Atikah Adnan said...

haha. i guess so. same situation here. ramai je pun pergi US still tak boleh speaking sbb tak mingle dgn americans :)