Jan 24, 2011

Post-spm

Sejak sejak ni aku ada terlihat status beberapa adik adik muda lepasan spm 2010
Ada yang bosan tinggal di rumah, yang kerja, yang busy belajar nak dapatkan lesen memandu, tak kurang juga yang pergi melepak dengan kawan tak habis-habis

So ni nak cerita sikit
Dulu lepas spm, as expected, aku memang takkan boleh bekerja di luar
Jadi kerjalah dekat office ibu tolong tolong buat kerja akaun
Sambil tu, aku pun belajar kereta, lepas dapat lesen jadi driver amik adik sekolah pulak
Ohh bosankan? but itu bukan point hari ini, pointnya ada di bawah

Satu lagi aktiviti aku waktu cuti panjang tu adalah pergi pameran IPT dan kareer
Boleh dikatakan hampir semua pameran yang keluar surat khabar aku pergi
Dari Education Fair The Star, IPTA, IPTS semua aku redah, sama ada dgn ayah atau the-only-and-easiest-friend yang ayah akan izinkan aku keluar, Aisyah hehe
Sebab aku pergi pameran tu mudah je, nak mencari ilmu
Waktu itu aku tak tahu nak ambil course apa
Tak tahu nak pergi universiti mana
Dunia ni jadi luas tiba tiba
Anehkan? tapi aku memang buntu waktu tu

Macam macam aku fikir time tu
Nak amik veterinary, dentistry, biotech, QS, architecture, accountancy
Dulu siap ada buat list panjang lagi, siap nombor telefon universiti nak tanya
Sebabnya waktu tu aku dapat banyak exposure tiba tiba, dari luar dan dalam
Yes, dari kecil jawapan aku sentiasa nak jadi engineer, tapi Mak Ngah, lecturer dekat upm, tiba tiba buat aku berminat dgn bio-based course even aku agak lemah Bio
Ayah pulak bawak pergi jumpa kawan kawan dia dari macam macam jenis bidang, mintak bagi cadangan dekat aku
Jadi masa free beberapa bulan tu aku gunakan sepenuhnya mencari, mana tau ada benda lain yang betul betul untuk aku

Dan akhirnya result keluar, aku bagitau Mak Ngah Bio dapat A2, terus dia kata,
"Buatlah engineering," kelakar bila ingat balik
Tapi tanpa kesabaran Mak Ngah ulang alik serdang subang ajar aku, silap silap aku boleh failed Bio hehe xD
Tapi memang waktu tu aku dah decide nak amik engineering pun, bukan sebab result chehh

Dekat sini aku nak emphasized, kalau boleh, bila ada adik adik lepas spm, bagilah mereka pendedahan dengan dunia kareer di luar
Jangan dipaksa apa yang kena ambil tapi suggest
Yang penting tu niat dan minat, bukan glamour
Bukan nak sama dengan kawan, boyfriend, girlfriend, tu takkan ke mana
Ini soal kareer yang inshaallah dekat 30 tahun kau akan hadap hari hari
Kalau takde pendedahan dalam keluarga, pergi tanya pendapat, pergi exhibition
Bukan apa, dulu bila aku pergi pameran pameran pendidikan ni
Pelik tengok sikitnya bangsa aku
Tak berminat ke nak tau benda macamni? Jom Heboh ramai pulak pergikan

Dan yang last bila dah ada decision, paling penting, jangan lupa Istikharah
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita
Good luck adik adik yang tunggu result spm, moga dipermudahkah :)

4 comments:

Firdaus said...

Kalau camtu, penat la kalau siapa yang ada ramai adik. haha

Atikah Adnan said...

Alaa siap siap la bawak semua adik adik :p

Anonymous said...

Wahh macam tuuu. Akak ni amek course ape skg?

Atikah Adnan said...

ni just cadangan je. :) skrg amik engineeering.