Feb 28, 2011

Remaja dan Al-Fatihah

Tadi aku tertarik bila ada kawan di Facebook post link ini:
Pelajar sekolah, IPT tak faham makna al-Fatihah
Tapi bila aku click tak dapat bukak, kenapa entah
But then, bukak twitter, Wardina pun tweet benda sama
So I was like, okayy kena cari!
Menurut artikel tu, kajian menunjukkan lebih 80% daripada pelajar sekolah dan IPT tak faham maksud surah al-fatihah. beb, 80 tau, bukan 50. angka tu sangat besar.

Sebenarnya aku sikit pun tak terkejut dengan benda ni
Dulu waktu aku sekolah menengah and berborak dengan ayah
Dia pernah utarakan persoalan ni dan kami berbincang panjang
Bukan setakat pelajar sebenarnya, orang dewasa pun lebih kurang je
Kenapa jadi begini sedangkan sehari kita baca 17 kali baca, itu minimum!
Nak kata tak belajar Pendidikan Islam belajar, berpuluh ribu dapat A dalam PMR SPM
Aku sedih, di mana silapnya?

Dalam artikel tu, Datuk Dr. Ishak Haron cadangkan supaya kurikulum Pendidikan Islam lebih menekankan aspek pemahaman dalam solat
Betul, benda tu betul, aku tak nafikan langsung
Sebabnya waktu sekolah dulu, subjek hafazan contohnya
Cuma tekankan hafal, hafal, ni masuk dalam gred ni
Tak pernah pun disuruh faham, kalau ada pun, waktu kuliah atau ceramah adalah
Nak buat dalam kelas susah, kena kejar silibus yang banyak sangat nak kena cover

Tapi hakikatnya bagi aku, lebih dari kurikulum sekolah semata-mata
Berbalik kepada perkara asal, hari hari kita solat baca al-Fatihah
Takkan tak pernah terdetik nak fahami apa yang kita minta setiap hari dari Allah?
Perlukah ustazah ustaz beritahu, bukak tafsir, hafal dan fahami maksud?
Sedangkan lagu mat salleh pun kita sanggup fahami, kenapa al-Fatihah pun liat? Sigh
Untuk aku, kita kena sama-sama reflect balik diri kita, hati kita
Saling ingat mengingati antara satu sama lain
Jangan sekadar bergantung dekat sekolah, kena pandai gunakan peluang
Kita bukan hidup zaman purba, ilmu dah semakin mudah untuk dicari
Kalau ikhlas pasti akan jumpa jalan, insyaAllah

Akhir kata, Majulah Kurikulum Pendidikan Islam untuk Remaja Malaysia :D

Feb 27, 2011

Baklava




















I am craving something really sweet right now
Baklava, please? :)

Feb 26, 2011

Happy Anniversary

Semalam 25 Februari aku ada 3 midterms: statistics, statics, electrical circuit
Dan satu quiz: English, alaa quiz je kot, takyah mention lol
First time sejak aku masuk universti ada exam serentak macamni
Balik je exam, rasa macam nak demam
Mana taknya, berselirat kot otak dengan probability, wires and beams
Okay hiperbola, taklah teruk sangat
Apa maknaya jadi student kalau takde exam kan?
Terima kenyataan tu sebenarnya sangat bermakna
Sebab buat pertama kalinya aku rasa redha je buat exam
So hati lebih senang, result diketepikan, janji dah buat yang terbaik mengikut kemampuan :)

Nak cerita sikit, 25 Feb ni special, sebab waktu kecil dulu aku selalu buat kad
Kat atas kad tu aku akan tulis, HAPPY ANNIVERSARY
Rasanya start dari zaman 7 8 tahun aku start buat kad ni
Tak silap kad yang masih ada disimpan ibu, aku salah eja anniversary
Budak budak kot, bukan tau nak eja word panjang-panjang ni xD
Sebenarnya,aku tak tahupun apa itu anniversary
Yang aku faham dia adalah birthday ibu and ayah
Pelik jugak sebab aku tahu birthday mereka bulan 6 and 11
Tapi entah, dah ada cake, birthday lah tu

"Ayah Ibu, along nak wish Happy Anniversary :)"
"Along dah besar, dah boleh eja betul, lagipun kalau typo ada spelling check :D"

Hmm.. This is my favorite picture ever, 25 Februari, 21 tahun lepas
Gambar ni serious bermakna bagi aku
Satu-satunya gambar ayah bersamping songket dan ibu pakai make up
Rindu mereka? Sudah pasti :)

Feb 23, 2011

Nothing much

Maturity.
Bravery.
I think I am gaining both of them now.
Hopefully they would last forever, amin..

Anyway, this is my first post using my ipod.
I am under my comforter and about to sleep.
My bestfriend has already asleep.
So I have no one to text, no one to call.
And I feel bored.
I sound pathetic? I know :D

Feb 21, 2011

12.30 AM


















Inilah pengubat kepenatan lepas menghadap laptop and buku demi Statistics
Ada sesiapa rasa dia tahu apa objek bulat ini?
Siapa dapat jawab dengan tepat, anda memang super cool, seriously xD
*Kepada yang memberi sila senyap haha
And satu lagi, handphone free yang dah berkhidmat 5 bulan lebih dah tak hidup
Sedih sangat. nak handphone baru boleh tak? :(

Belajar Statistics memang buat rasa nak merepek eh?
Good night!

Feb 18, 2011

Bilal's Stand

Hi I am back :)
I rarely post more than one entry per day, but I feel like doing it tonight
The fact is that I really want to share this with all of you
It is about the film I mentioned in my previous entry - Bilal's Stand





















This movie is about Bilal, a Muslim African American who is struggling for his college
I personally rate this movie 3.7 out of 5 but I encourage everyone who have the opportunity to watch it, because the messages are subtle, clear yet crucial for us
Besides, somehow I am sure you will find yourself connected to Bilal
Why not? He is a Muslim, he has ambitions, dreams, problems etc
This movie opens my eyes and I really think everyone should watch it
Check it out at http://www.bilalsstand.com/ to find more about it

Hmm.. I have lots of things to say about this movie, but I really have to go now
Three midterms on next Friday, I better get ready now. Ouchhh !
May Allah ease, take care :)

Yayy


















I wish I could make this one as my profile picture, but nope, I couldn't
Macbeth, you are wrong! Time is not creeping, in fact, it never does
If you think it is, you are a loser, and I am not going to be a loser
Time is running out!
I am leaving for Screening of Bilal's Stand in Ohio Union
Till we meet again, insyaAllah :)

Feb 10, 2011

My Favorite

Semangatkan buat header baru? hihi
Ni gambar dekat City of Newport Beach California
Gambar ni among my favorite time holiday hari tu
Credit to Mr. Photographer yang baru je beli dslr time tu
Even tak sempat nak explore lagi, gambar lawa lawa :)

Kenapa laut lagi? header hari tu laut jugakkan?
Yes, hari tu dekat Danga Bay dengan Nadiah and Farah
Jawapannya simple, sebab aku suka laut sangat sangat
Laut mengingatkan aku banyak benda baik
Laut buat aku rindu ketenangan
Laut buat aku mengimbau kenangan waktu kecil
Laut buat aku kagum dengan kuasa Allah
Dulu time dengar ceramah pasal tengok laut dapat pahala
Akulah orang paling gembira rasanya sebab aku suka pergi tengok laut
Kalau bercuti tu biasanya akan pilih tempat dekat dengan pantai
Tapi sayang Ohio ni tengah tengah benua America, takde laut
Anyone, laut jum this spring break? haha

Oh okay nak pergi gym, nak main squash xD

Feb 7, 2011

Pengalaman Halal di Ohio Union

Akhirnya lepas berapa kali MSA mintak suggestion la apa la
Keluarlah berita gembira yang makanan Halal disediakan di dalam campus klik sini
First day dia dijual, aku dah pergi makan, waktu hari Taste of OSU
Not bad. Best. Rindu makan burger daging. Dah 5 bulan kot.

So nak jadikan cerita, tanpa meneliti email MSA, hari Selasa pergilah Ohio Union
Dengan hajat, nak study since dah ada burger halal, boleh lunch situ
Surau pun ada jugak, so just perfect la nak stay back
So lepas zuhur, pergilah Union Market mintak burger halal
And yang peliknya Minah Salleh tu tak faham faham.
"What? Hamburger?"
"No. Halal burger."
"Ham?"
"No. HALAL Burger. Burger for Muslims."
"You mean ham?"
Time tu rasa nak sekeh je kepala dia, cakap halal dia kata ham, contra betul

At last suruh dia panggil orang lain since dia macam budak baru
(teringat kenangan kerja dekat situ bila tak faham apa orang nak)
Datanglah lelaki ni, so bila tanya pasal halal burger, dia dengan sopan je jawab
"We only serve Halal burger on Friday. Would you like to have our vege burger?"
Waaa malu gila time tu. merah dah kot muka.
"Oh really? It is okay then. Thanks"
"Are you sure? Our vege burger does not contain any meat."
"Yeah, its okay. Thank youuuuu"

Malu gila time tu. Mesti dia ingat muka dah lapar sangat since mintak jugak burger tu even orang tadi tak faham faham. So Muslim buckeyes, jangan cari burger hari lain eh, Jumaat je =,=

Feb 2, 2011

Welcoming February

Hai February! Sekejapnya dah masuk week 5
Laju betul masa bergerak, less than 6 weeks dah nak final
Siapa kata masa bergerak perlahan waktu winter? Tipuuuuuu :( 
Oh ye, hari tu tukar layout, hari ni buang header pulak
Peninglah tengok banyak sangat bunga. Kan?
Tapi rasanya semua ni takkan kekal, sebab sekarang mood nak menukar semua benda
By the way, tengoklah tulisan atas tu, dekat blog title
It reminds me of handwriting beberapa professor dekat sini
Diorang suka tulis besar besar kan? tiru kejaplah xD

ps: Alhamdulillah, hati dah riang balik. Selamat tinggal mood tak best, takmau dilayan rasa putus asa lagi dah. Thanks semua. :)